Penyataan Etika

Penyataan etika bagi jurnal terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka mematuhi prinsip The Committee on Publication Ethics (COPE).

Tanggungjawab Ketua Editor/Editor

Membuat penilaian kendiri terhadap semua makalah yang dihantar oleh penyumbang.

Memastikan penilai yang sesuai, berdasarkan latar belakang dan kepakaran, dilantik.

Memastikan proses penilaian dijalankan secara rahsia (double blind review).

Mendapatkan pandangan daripada Lembaga Editorial secara aktif.

Membuat keputusan artikel yang akan diterbitkan dan juga menentukan masa artikel tersebut akan diterbitkan.

Tanggungjawab Penulis

Memastikan artikelnya baharu, asli dan tidak pernah diterbitkan atau sedang dalam pertimbangan jurnal yang lain.

Memastikan tidak ada unsur plagiat dalam artikel yang dihantar.

Memastikan semua petikan dan rujukan dinyatakan dengan jelas sumbernya dan lengkap maklumatnya.

Sekiranya mengambil data sekunder daripada mana-mana sumber, nyatakan dengan jelas sumber data tersebut diperoleh dengan maklumat yang lengkap.

Memastikan mematuhi format yang telah ditetapkan oleh penerbit.

Tanggungjawab Penilai

Melakukan penilaian secara objektif, adil dan profesional.

Memaklumkan kepada Ketua editor/editor jika berlaku pelanggaran etika penerbitan dalam artikel yang dinilai.

Memastikan artikel yang dinilai tiada plagiat atau pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan sebelum ini.

Memastikan menilai dalam tempoh masa yang ditetapkan dan memaklumkan kepada Ketua editor/editor jika memerlukan pelanjutan masa penilaian artikel.

Tidak membincangkan artikel yang dinilai  kepada pihak lain tanpa kebenaran.

Tanggungjawab Lembaga Editorial

Memberikan pandangan dan nasihat kepada editor untuk memantapkan jurnal sama ada secara bertulis atau lisan.

Memberikan penilaian terhadap makalah jurnal dari segi keaslian, ketinggian, dan kedalaman makalah.

Memberikan laporan kepada editor tentang mutu kandungan jurnal setiap kali diterbitkan.

Memaklumkan kepada editor tentang perkembangan mutakhir dalam disiplin kesusasteraan.

Menyumbang secara aktif untuk perkembangan jurnal.

Bertindak sebagai duta untuk jurnal.

Menyokong secara berterusan dan mempromosikan jurnal.

Menilai artikel yang diserahkan kepadanya untuk dinilai.

Capaian Terbuka

Jurnal ini diterbitkan secara dalam talian dan capaian terbuka (open access) kepada semua pengguna.

Bayaran Penerbitan

Tiada bayaran dikenakan kepada penyumbang pada masa ini.

Polisi Bahasa

Artikel disiarkan dalam bahasa Melayu. Tajuk, abstrak, kata kunci dalam padanan bahasa Inggeris disediakan.