Hantar artikel secara dalam talian

Alamat surat-menyurat dan e-mel:

Editor,

Jurnal Bahasa,

Bahagian Majalah,

Dewan Bahasa dan Pustaka,

Jalan Dewan Bahasa,

50460 Kuala Lumpur,

MALAYSIA.

Tel: 603-2147 9257,

603-2147 9000

Fax: 603-2147 9617

E-mel: zaiton6@dbp.gov.my

atau kepada:

Timbalan Ketua Editor

Nurul Julia Alani Henry

(nurjulia@dbp.gov.my)

Editor Jurnal Bahasa

Zaiton Darois

(zaiton6@dbp.gov.my)

SKOP

Makalah yang dimuatkan dalam jurnal ini tertumpu pada kajian linguistik terkini yang dilaksanakan ahli akademik dari dalam dan luar negara tentang bahasa Melayu. Makalah akan melalui proses penilaian, dan hanya yang terpilih akan disiarkan. Bidang linguistik yang kurang kajiannya dalam bahasa Melayu akan diberikan keutamaan. Kajian penutur berbahasa Melayu dari luar lingkungan geografi atau kawasan yang menggunakan bahasa Melayu juga digalakkan.

PANDUAN PENGHANTARAN ARTIKEL

Format Jurnal Bahasa

Maklumat Penyumbang

  • Judul.
  • Nama penuh penyumbang.
  • Alamat penyumbang.
  • Maklumat institusi.
  • E-mel untuk dihubungi

Teks

  • Makalah yang dihantar dalam bahasa Melayu dan belum pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan.
  • Jumlah perkataan dalam makalah antara 4000-8000 patah perkataan termasuk abstrak, nota hujung, rujukan, lampiran, dan bibliografi.
  • Judul makalah disertakan dalam teks penuh berserta abstrak pada halaman pertama teks.
  • Teks makalah menggunakan fon Times New Roman 12 poin dengan langkau 2.
  • Inden setiap perenggan dengan tab.
  • Gunakan tiga peringkat tajuk (maksimum).
  • Bagi makalah yang dihantar menerusi e-mel dan mengandungi simbol fonetik atau ejaan yang dikhuatiri tidak dapat dibaca menerusi Microsoft Word contohnya tulisan Jawi, mohon disertakan PDFnya.

Abstrak

  • Jumlah perkataan adalah antara 150 – 250 patah perkataan.
  • Abstrak ini mengandungi tujuan kajian, metodologi yang digunakan, data, analisis, dapatan dan kesimpulan ringkas.
  • Abstrak mesti ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris berserta kata kunci.

Kata Kunci

  • Tidak lebih daripada 5-8 patah perkataan

Nota

  • Nota seminimum mungkin, dan menggunakan nota hujung.
  • Kedudukannya di hujung teks sebelum rujukan.

Rujukan

• Susunan mengikut gaya APA.

• Rujukan daripada bahan atau sumber yang berwibawa

• Rujukan lebih daripada 15 rujukan dan perlu ada rujukan daripada jurnal.

• Rujukan yang diberikan lengkap maklumatnya, dan ada rujukan terkini.

• Setiap rujukan yang ada di dalam teks mesti ada dinyatakan dalam senarai Rujukan di belakang artikel.

Hak Cipta

  • Penyumbang/penulis memberikan keizinan kepada DBP menerbitkan makalah mereka dalam jurnal DBP dan disiarkan dalam talian.
  • Jika penulis ingin menerbitkan semula mana-mana makalahnya yang diterbitkan dalam Jurnal Bahasa perlulah dimaklumkan bahawa sumber makalah tersebut daripada jurnal terbitan DBP.