Siti Muslihah Isnain

(sitimuslihahisnain@yahoo.com.my)

Normaliza Abd Rahim

(drnormaliza@gmail.com)

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia

Abstrak

Makalah ini membincangkan gaya ujaran kanak-kanak yang dipengaruhi oleh penggunaan alat multimedia, iaitu komputer. Dalam kajian ini, komputer digunakan sebagai alat rangsangan supaya kanak-kanak menghasilkan gaya ujaran dalam perbualan mereka. Perbualan kanak-kanak dirakamkan dan dianalisis menggunakan Teori Gaya Ujaran berdasarkan 20 senarai asas ujaran yang bersifat positif. Kanak-kanak dilihat dapat menghasilkan gaya ujaran dan berupaya mengadakan situasi komunikasi. Analisis membuktikan kanak-kanak mempunyai pelbagai gaya ujaran mereka sendiri. Kajian ini diharapkan dapat memberikan maklumat tentang gaya ujaran yang terhasil berdasarkan bantuan alat rangsangan, seperti komputer dalam kalangan kanak-kanak.

Kata kunci: gaya ujaran, ujaran kanak-kanak, ujaran berbantu Komputer

Rujukan

Asmah Haji Omar, 1995. “Kajian Bahasa Melayu dalam Usaha Mempertingkatkan Mutu Pengajaran Bahasa Melayu. Kertas Dasar Kongres Bahasa Melayu Sedunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kwan Min Lee, “Children’s Responses to Computer-Synthesized Speech in Educational Meida: Gender Consistency and Gender Similarity Effects” dlm. Human Communication Research 33:3, 310-29, July 2007.

Nor Hashimah Jalaluddin, 1992. Semantik dan Pragmatik: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Normaliza Abd Rahim, 2008. “Conversational Style and Gender : Analyzing Informal Conversation Amongst Student and Lecturers at Universiti Putra Malaysia” dlm. Journal of The World Universities Forum.

Normaliza Abd Rahim, 2008. “Helping Children Resolve Conflict in Communications” dlm. Journal Of The International Journal of Learning.

Sperber, D., & Wilson, D, 1986. Relevance Theory: Communication and Cognition. Oxford: Basil Blackwell.

Sperber, D., & Wilson, D., 1995. Edisi ke-2. Relevance. Communication and Cognition. Oxford: Basil Blackwell.

Tannen, 2005. Conversational Style: Analyzing Talk among Friends. New Edition. London: Oxford University Press.

Zaitul Azma Zainon Hamzah, 2000. “Penggunaan Bahasa dalam Pertuturan Kanak-kanak Melayu: Satu Analisis Pragmatik”. Tesis Sarjana, Universiti Putra Malaysia.

Zaitul Azma Zainon Hamzah, 2002. “Gangguan dalam Sistem Giliran Bertutur Kanak-kanak Melayu: Satu Analisis Pragmatik”. Tesis Ph.D., Universiti Putra Malaysia.

(Baca Teks Penuh)

Hantar Maklum Balas Anda