Hasnah binti Mohamad

(hasnahmohamad@yahoo.com)

Jabatan Bahasa Melayu

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia

Gym Jang Gyem

(peneliti@hufs.ac.kr)

Jurusan Interpretasi dan Penerjemahan Bahasa Melayu-Indonesia

Hankuk University of Foreign Studies

Yongin Campus, Korea Selatan

Abstrak

Kajian ini bertujuan menelusuri persamaan dan perbezaan dalam penterjemahan istilah asing ke dalam bahasa Melayu dan bahasa Korea. Kajian turut meneliti kaedah pembentukan istilah yang diterapkan dalam kedua-dua bahasa tersebut. Data kajian terdiri daripada istilah yang sering digunakan oleh masyarakat umum dalam bidang perubatan dan perbankan. Data dalam bidang berkaitan dikumpulkan daripada akhbar, brosur untuk orang awam, serta pangkalan data korpus bahasa Melayu. Data tersebut seterusnya dibandingkan dengan istilah dalam bahasa Korea yang diperoleh melalui soal selidik kepada informan penutur jati bahasa Korea. Hasil kajian dapat menghuraikan fenomena peminjaman kata asing melalui penterjemahan istilah dalam keduadua bahasa yang dapat menyumbang kepada proses perancangan bahasa.

Kata kunci: penterjemahan istilah, pembentukan istilah, perancangan Bahasa

Rujukan

Asmah Haji Omar, 2002. “Wujudkah Tembok Bahasa antara Malaysia dan Indonesia?” dlm. Setia dan Santun Bahasa. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Awang Sariyan et al., 2010. Kajian Keberterimaan Istilah MABBIM Bidang Ekonomi dan Perbankan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Boye Lafayette De Mente, 2005. Instant Korean. Singapore: Turtle Publishing. Concise English Korean Dictionary Romanized, 1984. Singapore: Turtle Publishing.

Isye Herawati et. al, 2007. Peristilahan Asing dalam Surat Kabar Umum Garoet Pos Kabupaten Garut. Indonesia: Unpad.

Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu, 2004. Pedomam Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Edisi Baharu. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaluddin & Halimah Haji Ahmad, 2005. Perbezaan Istilah Malaysia-Indonesia: Satu Analisis Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norhazlina Husin. “Penterjemahan Brosur Bank” dlm. Dewan Bahasa, 54-58, 2005.

Sager, J.C ., 1995. Kursus Amali dalam Pemprosesan Istilah. Diterjemah oleh

Sulaiman Masri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Singleton, D., 2000. Language and the Lexicon. Oxford University Press Inc: New York.

(Baca Teks Penuh)

Hantar Maklum Balas Anda