Intan Safinaz Zainudin

(intansz@ukm.my)

Nor Hashimah Jalaluddin

(shima@ukm.my)

Imran Ho

(imranho@ukm.my)

Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Makalah ini membincangkan pecahan makna entri “menjulang” untuk dua kamus dwibahasa Melayu-Inggeris, iaitu kamus Intelek Malay-English Dictionary dan Kamus Perwira Bahasa MelayuBahasa Inggeris. Daripada soal selidik yang dilakukan menunjukkan entri menjulang merupakan entri yang paling bermasalah yang dihadapi oleh pelajar terjemahan, oleh itu teori Semantik Ranahan diaplikasikan dalam analisis linguistik entri “menjulang” berdasarkan data korpus bahasa Melayu DBP-UKM yang mengandungi lima juta patah perkataan untuk menyusun semula pecahan makna entri tersebut. Analisis linguistik bukan sahaja berdasarkan data korpus, rujukan kepada kamus ekabahasa Melayu dan Inggeris juga dibuat, manakala padanan bahasa Inggeris diambil daripada pangkalan data FrameNet. Analisis Semantik Ranahan menyusun makna mengikut ranah dan valensi kata tersebut. Unsur ranah dan valensi kata yang membezakan satu makna kata “menjulang” dengan pecahan maknanya yang lain. Makalah ini juga mencadangkan entri “menjulang” yang lebih tersusun maksudnya dengan padanan bahasa Inggeris yang sesuai.

Kata kunci: kamus dwibahasa, Semantik Ranahan, pecahan makna, valensi, FrameNet

Rujukan

Atkins B.T.S. & C.J. Fillmore, 1994. “ Applying the Verbs of Seeing: A Frame Semantics Approach to Corpus Lexicography” dlm. Proceedings of the Twentieth Annual Meeting of the Berkeley Linguistics Society, 1994. S. Gahl, C. Johnson & A. Dolbey, BLS (ed.) California: UC Berkeley, hlm. 42-56.

Atkins, B.T.S. Fillmore, C.J. & Johnson C.R., 2003. “Lexicographic Relevance: Selecting Information from Corpus Evidence” dlm. International Journal of Lexicography. 16:3 hlm. 251-80.

Atkins, B.T.S. & Rundell, M., 2008. The Oxford Guide to Practical Lexicography. Oxford: Oxford University Press.

Boas, H. C. 2001. “Frame Semantics as a Framework for Describing Polysemy and Syntactic Structures of English and German Motion Verbs in Contrastive Computational Lexicography” dlm. Rayson, P., Wilson, A., McEnery, T., Hardie, A. dan Khoja, S. (ed.) Proceedings of Corpus Linguistics 2001 Conference. Technical Papers. Lancaster: University Centre for Computer Corpus Research on Language Vol. 13, hlm. 64-73.

Boas, H. C., 2002. “Bilingual FrameNet Dictionaries for Machine Translation” dlm. Proceedings of LREC. Berkeley.

Boas, H. C., 2005. “Semantic Frames as Interlingual Representations for Multilingual Lexical Databases” dlm. International Journal of Lexicography. 18:4, hlm. 445-78.

Boas, H. C., 2009. Multilingual FrameNets in Computational Lexicography: Methods and Applications. Berlin: Mouton de Gruyter.

Fadilah Jasmani, 2005. “Kamus dwibahasa: Terjemahan Lengkap dan Separa Lengkap” dlm Prosiding CD-Rom Persidangan Antarabangsa Leksikologi dan Leksikografi Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fillmore, C. J., 1982. “Frame Semantics” dlm. The Linguistics Society of Korea (ed.) Linguistics in the Morning Calm. Seoul: Hanshin Publishing Co.

Fillmore, C.J. Johnson, C.R. & Petruck, M.R.L., 2003. “Background to FrameNet” dlm. International Journal of Lexicography. 163, hlm. 235-50.

Fillmore, C.J.. & Petruck, M.R.L., 2003. “FrameNet Glossary” dlm. International Journal of Lexicography 16:3, hlm. 359-3601.

Ibrahim Ahmad, 2005. Perkamusan Melayu Teori dan Amali. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Kamus Dewan, 2005. Edisi Keempat. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Intelek Malay-English Dictionary, 1996. Kuala Lumpur:Arus Intelek Sdn Bhd.

Kamus Perwira Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris, 1998. Selangor: Penerbitan Daya Sdn Bhd.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood, 1993.

Tatabahasa Dewan. Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Noresah Baharom & Fadilah Jasmani, 2003. “Penterjemahan dalam penyusunan Kamus Dwibahasa Pengalaman DBP” dlm. Kertas Kerja dalam Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-9. Dewan Bahasa dan Pustaka, 2-4 September 2003.

Radden, G. & Dirven, R., 2007. Cognitive English Grammar. Amsterdam: John Benjamins Publishing Company.

Ungerer, F. & Schmid, H-J., 2006. An Introduction to Cognitive Linguistics. Edisi Ke-2. Great Britain: Pearson Education Limited.

(Baca Teks Penuh)

Hantar Maklum Balas Anda