Mardian Shah Omar

(dian@uniten.edu.my)

Jabatan Bahasa dan Komunikasi

Kolej Pengajian Asas dan Umum

Universiti Tenaga Nasional

Zaharani Ahmad

(zaharaniahmad@gmail.com)

Kursi Pengajian Melayu

Hankuk University of Foreign Studies

Abstrak

Makalah ini meneliti isu urutan dua vokal yang sering diperkatakan dalam kalangan sarjana linguistik di negara ini. Pelbagai pendapat tentang kehadiran bunyi hentian glotis terutamanya pada posisi sempadan awalan. Sesetengah sarjana mengatakan bunyi hentian glotis hadir manakala sesetengah yang lain pula mengatakan bunyi urutan vokal tersebut digeluncurkan menjadi bunyi geluncuran. Oleh itu, kajian ini mengambil kira kaedah analisis spektrografik bagi menyelesaikan masalah ini, iaitu mengenal pasti ciri akustik yang hadir pada posisi tersebut. Beberapa sampel bunyi ujaran yang mewakili kata terpilih dirakamkan daripada 32 orang penutur muda dan dewasa Melayu yang berbeza jantina. Rakaman pertuturan kemudiannya divisualkan dalam bentuk spektrogram dan dianalisis secara spektrografik. Hasil kajian menemukan ciri akustik bunyi hentian glotis hadir hanya pada data penutur dewasa manakala cirri akustik bunyi geluncuran didapati hadir pada data penutur muda. Kajian ini mendapati kepelbagaian ciri akustik yang ada mempunyai kaitan dengan latar penutur yang berbeza jantina dan umur.

Kata kunci: awalan, spektrogram, analisis spektrografik, akustik

Rujukan

Ashby, M. & Maidment, J., 2005. Introducing Phonetic Science. Cambridge: Cambridge University Press.

Borden, G.J. & Harris, K. S., 1984. Speech Primer: Physiology, Acoustics and Perception of Speech. 1st Edition. Baltimore: Williams and Wilkins.

Darwis Harahap, “Beberapa Imbuhan Dasar Dalam Bahasa Melayu” dlm. Jurnal Dewan Bahasa 37:12, hlm. 1068-083, 1993. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Denes, P.B. & Pinson, E.N., 1993. The Speech Chain: The Physics and Biology of Spoken Language. New York: W.H. Freeman and Co.

Fant, G. & Tatham MAA, 1975. Auditory Analysis and Perception of Speech. London: Academic Press.

Farid M. Onn, 1980. Aspects of Malay Phonology and Morphology – A Generative Approach. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia Press.

Indirawati & Mardian, 2006. Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: PTS Professional.

Johnson, K., 1997. Acoustics & Auditory Phonetics. Oxford: Blackwell Publishers Inc.

Kent R. D. & Read C., 2002. The Acoustic Analysis of Speech. 2nd Edition. Canada: Singular Thomson Learning.

Ladefoged, P., 1993. A Course in Phonetics. Third Edition. Harcourt Brace College Publishers.

M. Yunus Maris, 1980. The Malay Sound System. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mardian Shah Omar, 2011. “Persoalan dan Permasalahan Fonologi Hentian Glotis Bahasa Melayu: Penjelasan dari Sudut Fonetik Akustik”. Tesis PhD. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Stevens, K.N., 2000. Acoustic Phonetics. Cambridge: The MIT Press.

Teoh Boon Seong, 1994. The Sound System of Malay Revisited. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaharani Ahmad, “Struktur Suku Kata Dasar Bahasa Melayu: Pematuhan dan Pengingkaran Onset” dlm. Jurnal Dewan Bahasa 1999.

Zaharani Ahmad, 2005. The Phonology-Morphology Interface in Malay: An Optimality Theoretic Account. Australia: Pacific Linguistic.

(Baca Teks Penuh)

Hantar Maklum Balas Anda