Zaitul Azma Zainon Hamzah
(zaitul@fbmk.upm.edu.my)

Ahmad Fuad Mat Hassan
(ahmadfuad_mh@yahoo.com)

Mohd Nur Hafizudin Md Adama
(hzdean86@yahoo.com)

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia

Abstrak

Kesantunan bahasa merujuk penggunaan bahasa yang halus, beradab sopan, lemah lembut serta tidak menyinggung perasaan pendengar. Namun, kebelakangan ini remaja sekolah didapati lebih menggunakan strategi ketidaksantunan dalam perbualan mereka. Oleh itu, makalah ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis penggunaan kata dan ujaran santun oleh remaja sekolah menggunakan pendekatan pragmatik. Seramai 154 orang remaja sekolah menengah yang dipilih daripada enam buah sekolah dijadikan sampel kajian. Data diperoleh menggunakan teknik temu bual dan dianalisis menggunakan Prinsip Kesopanan Leech (1983). Dapatan kajian menunjukkan remaja sekolah paling kerap menggunakan maksim santun dan maksim kerendahan hati dalam perbualan mereka. Perkataan yang paling kerap digunakan untuk menunjukkan nilai santun ialah kata “boleh” “ingin”, “nak” dan “mahu”. Remaja juga turut mengujarkan kata “maaf” atau dalam bahasa Inggeris “sorry” sebagai strategi untuk berlaku santun kepada pendengar. Penggunaan kata “hai” dan ujaran yang terlalu berterus terang didapati telah melanggar Prinsip Kesopanan Leech.

Kata kunci: kesantunan bahasa, remaja, maksim Leech, pragmatik, sekolah, kelas

Rujukan

Abdullah Bin Mohd Yassin, 1998. Kesopanan Berteraskan Prinsip dan Maksim Leech: Satu Analisis Teks Lembaga Budi. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.

Ahmad Khair Mohd. Nor dan Rohaida Abdul Gani. “Budi Bahasa di Bilik Darjah” dlm. Dewan Bahasa, hlm. 36-39, Julai, 2005.

Asmah Haji Omar, 2007. Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Media. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan, 2007. Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azizi Yahya dan Jaafar Sidek Latif, 2005. Membentuk Identiti Remaja. Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Berita Harian, 15 Januari 2010.

Brown, Penelope & Stephen C. Levinson, 1978. “”Universals in Language Usage: Politeness Phenomena” dlm. Esther N. Goody (ed.) Question and Politeness.

Ding Choo Ming. “Bahasa Penjaga Budaya” dlm. Dewan Bahasa, hlm. 48-51, Julai, 2005.

Faridah Noor Mohd. Noor, 2008. “Politeness Through A Child’s Eyes” dlm. Maya Khemlani David & Karen Kow Yip Cheng, Politeness in Malaysian Family Talk, hlm. 187-202. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Jumiati Rosli. “Sejauhmana Keberkesanan Kempen Budi Bahasa?” dlm. BERNAMA Online 2009. Capaian 16 Februari 2011, drp. http://web7. bernama.com/bernama/ v5/bm/newsfeatures.php?id=424319.

Khairul Bariah Binti Muda, 2006. “Penggunaan Bahasa di Kalangan Motivator Lelaki dan Wanita dalam Wacana Pertuturan”. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.

Khalid Johari, 2003. Penyelidikan dalam Pendidikan Konsep dan Prosedur. Selangor: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Leech Geoffrey, 1983. The Principles of Pragmatics. New York: Longman.

Marlyna Maros, Aslinda John dan Mohd Baharim Mydin. “Pola Sapaan Pelajar Lelaki dan Perempuan di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi: Satu Kajian Sosiopragmatik” dlm. GEMA online Journal of Language Studies. 10(2), 2010. Capaian 1 April 2011, drp. http://www.ukm.my/ppbl/Gema/ GEMA%2010(2)201010/ pp%2077_96.pdf-Pola Sapaan Pelajar Lelaki dan Perempuan.

Noriati A. Rashid, “Konsep Kesantunan dalam Masyarakat Melayu” dlm. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu. 3(1): 112-28, 2005.

Siti Fauziah Jamaludin, 2008. “Kesantunan Bahasa dalam Majlis Pertunangan”. Tesis Sarjana, Universiti Putra Malaysia.

Teo Kok Seong. “Kesantunan Berbahasa Kes Bahasa Melayu” dlm. Dewan Bahasa, Mac, hlm. 14-23, 2003.

Yahya Othman. “Budi Bahasa dalam Pengajaran Bahasa” dlm. Dewan Bahasa, Julai, hlm. 31-33, 2005.

Zainol Abidin Kasim dan Jaafar Jambi, “Strategi dan Ciri Kesantunan Berbahasa Jepundlm. Jurnal Bahasa. 6(3): 483-518, 2006.

Zimmerman, D.H. and West, C., 1975. “Sex Roles, Interruption and Silences In Conversation” dlm. Thorne, B. and Henly, N., Language and Sex: Difference and Dominance. Rowley, Mass: Newbury House.

[Baca Teks Penuh]

Hantar Maklum Balas Anda