Lam Kai Chee
(kclam@cls.unimas.my)

Pusat Pengajian Bahasa
Universiti Malaysia Sarawak

Abstrak

Kajian ini bertujuan mengkaji sejauh mana penulisan bahasa Melayu dipengaruhi bahasa Inggeris dengan pemfokusan terhadap kata di mana dan yang mana yang digunakan sebagai kata hubung. Korpus bagi kajian yang bersifat deskriptif ini terdiri daripada paparan berita dalam talian sebuah akhbar bahasa Melayu tempatan dari 1 Julai 2010 hingga 10 Julai 2010. Saiz korpus sekitar 350 ribu patah perkataan dan diproses menggunakan program konkordans AntConc versi 3.2.1w (Windows). Dapatan kajian menunjukkan penggunaan kata di mana dan yang mana sebagai kata hubung ditemui bertaburan dalam akhbar terutamanya dalam ruangan “artikel”. Penggunaan kata di mana sebagai kata hubung digunakan dengan lebih kerap lagi dalam ruangan utama. Pengguna bahasa Melayu secara umumnya cenderung menggunakan di mana dan yang mana sebagai kata hubung dan penggunaan ini semakin diterima umum. Turut diperhatikan kata di mana dan yang mana sebagai kata hubung selalunya diikuti klausa bebas dan boleh didahului dengan tanda koma. Selain itu, kata di mana banyak digunakan sebagai kata hubung relatif yang merujuk aktiviti atau kejadian, konsep abstrak, tempat, masa, dan keadaan.

Kata kunci: di mana, yang mana, kata hubung, linguistik korpus, program konkordans, AntConc

Rujukan

Abdullah Hassan & Ainon Mohd., 1994. Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Adibah Amin, 1983. Silap tu sayang. Malaysia: Berita Publishing.

Asmah Haji Omar, 1982. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 2008. Nahu Kemas Kini. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Awang Sariyan, 1996. “Pengaruh Sintaksis Bahasa Inggeris dalam Bahasa Melayu dengan Rujukan Khusus kepada Laras Bahasa Ilmiah” dlm.Nik Safiah Karim (ed.), Unsur Bahasa Asing dalam Bahasa Melayu, hlm. 65- 86. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Badudu, J.S., 1981. Pelik-pelik Bahasa Indonesia. Bandung: CV Pustaka Prima.

Kamus Dewan, 2002. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hamdan Abdul Rahman. “Pengajaran Tatabahasa, Hakikat yang Wujud di Sekolah-sekolah” dlm. Dewan Bahasa, 24, 35-48, 1980.

Kennedy, G., 2000. An Introduction to Corpus Linguistics. Beijing: Waiyu Jiaoxue yu Yanjiu Chubanshe.

Meyer, C.F., 2002. English Corpus Linguistics: An Introduction. UK: Cambridge University Press.

Mohamed Pitchay Gani bin Mohamed Abdul Aziz, 2007. Evolusi Bahasa Melayu 2000 Tahun. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, & Abdul Hamid Mahmood, 2008. Tatabahasa Dewan. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim. “Pencemaran Bahasa Malaysia dan Kesannya terhadap Pengajaran Bahasa Malaysia” dlm. Dewan Bahasa, 24, 9-21, 1980.

Nik Safiah Karim, 2007. Liku-liku Bahasa. Shah Alam: ‘K’ Publishing Sdn. Bhd.

Su’ad Awab, 1999. “Multi-Word Units in a Corpus-Based Study of MoU: Modal  Multi-Word Units”. Tesis Ph.D. UK: Lancaster University.

Za’ba, 2000. Pelita Bahasa Melayu Penggal I-III. Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

[Baca Teks Penuh]

Hantar Maklum Balas Anda