Marlyna Maros

(marlyna@ukm.my)

Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohd. Baharim Mayidin

(mohd_baharim@yahoo.com)

Akademi Pengajian Bahasa

Universiti Teknologi Mara, Kampus Machang, Kelantan

Abstrak

Makalah ini membentangkan hasil kajian tentang jenis kata sapaan, fungsinya, dan persepsi responden terhadap aspek kesantunan dalam memberikan sapaan sewaktu berinteraksi di kaunter pertanyaan. Pembentangan ini merupakan hasil kajian berpandukan kerangka kesantunan dan kebudayaan Melayu yang mengandaikan ucapan salam sekurang-kurangnya diberikan semasa bertemu atau memulakan bicara. Andaian ini menjadi asas untuk melihat perlakuan sapaan dalam konteks interaksi di kaunter pertanyaan dan menghubungkaitkan konsep kesantunan dengan konsep komunikasi fatik dan kecekapan berkomunikasi. Kaunter pertanyaan di sebuah pusat beli-belah menjadi tempat pemerhatian awal dan seterusnya pengumpulan data dengan menggunakan senarai semak pemerhatian sapaan yang dibina daripada pemerhatian awal. Seterusnya, temu bual terancang dengan responden terpilih dirakamkan berdasarkan pensampelan mudah. Dapatan utama kajian ini menunjukkan bahawa lakuan sapaan kurang diamalkan dalam urusan di kaunter pertanyaan di pusat beli-belah bukan kerana penutur tidak cekap dalam berkomunikasi atau kurang ilmu dalam kesantunan berbahasa dalam budaya Melayu, tetapi kerana pengaruh tempat berlakunya interaksi itu. Seterusnya, rinciandapatan dan keseluruhan perbincangan menyumbang pertambahan korpus dan khazanah ilmu kesantunan Melayu di Malaysia.

Kata kunci: lakuan bahasa sapaan, kesantunan, komunikasi fatik, kecekapan komunikasi, konteks, persepsi

Rujukan

Akindele, F., 1990. “A Sociolinguistic Analysis of Yoruba Greetings” dlm. African Languages and Cultures, 3: 1, hlm. 1–14. Capaian 10 April 2009, drp. Online. www.jstor.org, Taylor & Francis Ltd.

Angrasino, M., 2007. Doing Ehnographic and Observational Research. London. Sage Publication Ltd.

Amat Juhari Moain, 1989. Sistem Panggilan dalam Bahasa Melayu: Suatu Analisis Sosiolinguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan, 2007. Santun Berbahasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Brown, D. & Levinson, P., 1987. Politeness: Some Universal in Language Usage. Cambridge: Cambridge University Press.

Caton, S.C., 1986. “Salam Tahiyah: Greetings from the Highland of Yemen” dlm. American Ethnologist. 13: 2, hlm. 290–308. Capaian 10 April 2009, drp. Blackwell Publishing. Online. www.jstor.org.

Duranti, A., 1992. “Language and Bodies in Social Space: Samoan Ceremonial Greetings” dlm. American Anthroplogist, New Series. 94: 3. hlm. 657–91. Capaian 10 April 2009, drp. Blackwell Publishing. Online. www.jstor.org.

Ebsworth, M.E; Bodman, J.W & Carpenter, M., 1996. “Cross-cultural Realization of “Greetings in American English” dlm. Gass, S.M & Neu, J. (ed.), Speech Acts Across Cultures: Challenges to Communication in Second Language. Berlin: Mouton de Gruyter.

Ervin-Tripp, S.M., 1969. “Sociolinguistic Rules of Address” dlm. Pride, J.B. & Holmes, J. (ed). 1972. Sociolinguistics. Harmondsworth: Penguin Books Ltd.

Hafriza Burhanudeen, 2006. Language and Social Behaviour: Voices from the Malay World. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hymes, D. 2001. “On Communicative Competence” dlm. Alessandro Duranti (ed.), Lingusitic Anthropology: A Reader. Massachusetts: Blackwell Publisher.

Ismail Salleh. 1995. “Kata Sapaan Kekeluargaan dan Matra Politik dalam Masyarakat Melayu Kelantan” dlm. Perkembangan dan Perubahan Sosio- Politik Kelantan 1955-1995.

Laver, J., 1981. “Linguistic Routines and Politeness in Greeting and Parting” dlm. Florian Coulmas, Editor, Conversational Routine: Exploration in Standardized Communication, Situation and Prepattered Speech. TheHague. Mounton Publisher.

Malinowski, B., 1923. “The Problem of Meaning in Primitive Languages”, dlm. Charles K. Ogden / Ian A. Richards (ed.), The Meaning of Meaning, 146-52. London: Routledge

Marlyna Maros, Aslinda John, & Mohd Baharim Mydin, “Pola Sapaan Pelajar Lelaki dan Perempuan di Sebuah Institusi Pengajian Tinggi: Satu Kajian Sosiopragmatik” dlm. GEMA Online Journal of Language Studies. Jil. 10: 2, 2010.

Media Sandra Kasih, 2002. “Sistem Sapaan Kekeluargaan Bahasa Minangkabau dan Bahasa Melayu Malaysia: Suatu Perbandingan” dlm. Menelusuri Jejak Melayu-Minangkabau. Yayasan Citra Budaya Indonesia.

Mohammad Ali Salmani-Nodoushan, “The Socio-Pragmatics of Greeting Forms in English and Persian” dlm. International Journal of Language, Society and Culture, Jilid 17, 2006.

Nimmanupap, S., 1994. Sistem Panggilan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Thai: Suatu Analisis Sosiolinguistik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rash, F., 2004, “Linguistic Politeness and Greeting Rituls in German-Speaking Switzerland” dlm. Linguistik Online. 20:3. Capaian 10 April 2009.

Rohaidah Haron, 2009. “Pancaran Kesantunan dalam Wacana Perbicaraan: Suatu Tinjauan”. Prosiding Persidangan Linguistik Utara Ke-6, hlm. 381-85, 2009.

Trosborg, A., 1995. Interlanguage Pragmatics: Request, Complaints, and Apologies. Mouton de Gruyter. Berlin.

Youssouf, I.A; Grimshaw, A.D & Bird, C., “Greetings in the Desert” dlm. American Ethnologist. 3:4. hlm. 797–824, 1976. Blackwell Publishing. Capaian 10 April 2009 drp. Online. www.jstor.org.

[Baca Teks Penuh]

Hantar Maklum Balas Anda