SATO, Hirobumi @ Rahmat

(manis2bongok@gmail.com)

Universiti Nasional MIE, Jepun (Profesor Pelawat)

Abstrak

Istilah kata kerja kopula (KKj kopula) yang dipinjam daripada tatabahasa bahasa Latin melalui bahasa Belanda dan bahasa Inggeris telah diaplikasikan oleh sesetengah pengkaji sebagai fungsi kata adalah dan ialah dalam bahasa Melayu. Ada antara mereka yang berusaha mencari KKj kopula dalam bahasa Melayu, sama ada dalam bentuk mandiri ataupun tersembunyi dalam kata yang bukan kata kerja. Kesemua kajian tersebut melihat ayat bahasa Melayu dalam kerangka [FN subjek + KKj predikat]. Sesetengah pengkaji yang lain menganggap kata adalah dan ialah sebagai “kata pemeri” atau “partikel pemeri” sahaja yang berfungsi untuk memerikan hubungan antara subjek dengan predikat. Tujuan penulisan makalah ini adalah untuk meneliti apakah sebenarnya sifat kedua-dua kata berkenaan. Fungsi “pembenar” dalam kata adalah dan fungsi “penghubung adverbaan” dalam kata ialah diperhatikan dalam ayat penyata pembenaran. Fungsi KKj kopula dalam bahasa Eropah juga dibandingkan dengan kedua-dua kata berkenaan, dan akhir sekali kegunaan kata adalah dan ialah dinilai dalam kerangka ayat bahasa Melayu. Hasil daripada kajian ini didapati bahawa kedua-dua kata tersebut tidak berfungsi sebagai KKj kopula tetapi menanggung fungsi “pemastian” atau “pemerincian” predikasi sahaja, iaitu fungsi “pemerian” secara menyeluruh.

Kata kunci: fleksi, kata kerja kopula, kata kerja leksikal, kata pembenaran, kata pemeri, keserasian nahuan, partikel pemeri, penanda ayat Tanya

Rujukan

A. Samad Ahmad (peny.), 1986. Sulalatus Salatin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

A. Samad Ahmad (peny.), 2008. Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka dan Yayasan Karyawan.

Armijn Pane, 1982. Belenggu. Edisi Malaysia. Cetakan ke-3. Petaling Jaya: Zaman Baru Sdn. Bhd. Karya asalnya terbit di Indonesia pada tahun 1938.

Asmah Haji Omar, 1982. Nahu Melayu Mutakhir. Edisi ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 2009. Nahu Melayu Mutakhir. Edisi ke-5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Darwis Harahap, 1989. Struktur Sintaksis Ayat Selapis dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hollander, J.J. de, 1882. Handleeiding bij de Beoefening der Maleische Taal en Letterkunde. 5de druk. Breda: Broese & Comp.

Mashudi B.H. Kader, 1981. The Syntax of Malay Interrogatives. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mees, C.A., 1969. Tatabahasa dan Tatakalimat. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

Nik Safiah Karim, 1995. Malay Grammar for Academic and Professionals. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ophijsen, Ch. A. van, 1915. Maleische Spraakkunst. 2de druk. Leiden: S.C. van Doesburgh.

Pramoedya Ananta Toer, 1989. Meisje van het Strand (Gadis Pantai). Vertaald door Angela Rookmmaker. DB Houen: het Wereldvenster.

Pramoedya Ananta Toer, 1990. Gadis Pantai. Edisi Malaysia. Cetakan ke- 2. Kuala Lumpur: Wira Karya. Karya asalnya terbit dalam Lentera/BT, Jakarta, 1962-1965.

Pramoedya Ananta Toer, 1991. The Girl from the Coast. Diterjemah oleh Harry Aveling. Singapore: Select Books. 1991.

Pramoedya Ananta Toer, 2001. Die Braut des Bendoro (Gadis Pantai) übersetzt von Diethelm Hofstra. Bad Honnef: Horlemann.

Pitsamai Intarachat, 1987. Sintaksis Predikat dalam Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ramli Haji Salleh, 1995. Sintaksis Bahasa Melayu: Penerapan Teori Kuasaan dan Tambatan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Roorda, Tacco, 1855. Over de Deelen der Rede en de Rede-Ontleding, of Logische Analyse der Taal, tot Grondslag voor Wetenschappelijke Taalstudie. 2de uitgaaf. Leeuwarden: G.T.N. Sringar.

Sato Hirobumi @ Rahmat, “Kemerosotan Kasus Nahuan dalam Bahasa Belanda: Penanda Arkaik dalam Ungkapan van Ganser Harte” dlm. South East Asia: a Multidisciplinary Journal (Vol. 9), hlm. 90-106, 2009. Bandar Seri Begawan: FASS, Universiti Brunei Darussalam.

Shackles, Armijn Pane, 1988. Belenggu. Diterjemahkan oleh John H. McGlynn. Jakarta: The Lontar Foundation.

Spat, C., 1900. Maleische Taal, Eerste Stuk: Overzicht der Grammatical. Breda: Broese & Comp.

Wijk, D. Gerth van, 1893. Spraakleer der Maleische Taal. 2de druk. Batavia: G. Kolff & Co.

[Baca Teks Penuh]

Hantar Maklum Balas Anda