UNSUR PENANDA WACANA DALAM TEKS UCAPAN BELANJAWAN 2019
(Discourse Marking Elements in the 2019 Budget Speech Text)


*Muhammad Faizul Abd Hamid
reach.faizul@gmail.com

Mohd Azidan Abdul Jabar
azid@upm.edu.my

Muhammad Alif Redzuan Abdullah
muhammadalif@upm.edu.my

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia

Sila rujuk: Muhammad Faizul Abd Hamid, Mohd Azidan Abdul Jabar dan Muhammad Alif Redzuan Abdullah. (2018). Unsur Penanda Wacana dalam Teks Ucapan Belanjawan 2019. Jurnal Bahasa 19(1), 41-65.

Abstrak

Teks ucapan dianggap sebagai wacana yang sempurna dengan wujudnya penghubung yang bertunjangkan semantik antara komponen teks. Pertalian yang dikenali sebagai penanda wacana ini membolehkan ayat-ayat dalam perenggan disusun dengan baik sehingga urutan maklumat menjadi lancar dan mudah difahami. Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk mencungkil pelbagai unsur penanda wacana dan rasional penggunaannya dalam teks ucapan Belanjawan 2019 sebagai salah satu cara untuk mengalirkan mesej penting kepada khalayak ramai. Teks ucapan ini merupakan strategi belanjawan parti gabungan Pakatan Harapan yang pertama apabila memegang tampuk pemerintahan kerajaan Malaysia yang baharu. Penyelidikan ini merupakan kajian berbentuk deskriptif yang menggunakan kaedah kualitatif. Kerangka pemikiran adverba anafora Asmah (2008) dan teori Nahu Fungsian (Halliday & Matthiessen, 2014) telah dijadikan pegangan dalam proses penyelidikan. Berdasarkan hasil kajian, terdapat pelbagai jenis unsur penanda wacana yang digunakan oleh pengucap dalam teks ucapan Belanjawan 2019. Penghubung penambahan, adverba tujuan dan adverba manfaat dilihat sebagai tiga unsur penanda wacana yang kerap digunakan dalam usaha pembikinan teks ucapannya. Namun begitu, teks ucapan ini juga sarat dengan pengemblengan beberapa unsur penanda wacana lain. Kolaborasi beberapa unsur penanda wacana telah menunjukkan bahawa penghubung memainkan peranan penting dalam memastikan ketekstualan ucapan Belanjawan 2019 dan seterusnya dapat mewujudkan makna yang kontekstual, tersusun dan mudah diterima oleh pengguna bahasa.
Kata kunci: penanda wacana, adverba anafora, teks ucapan, nahu fungsian, Belanjawan 2019

Abstract

The speech text can be considered as a perfect discourse with the existence of a semantic linkage between the textual components. Discourse markers allow the sentences in the paragraphs to be well organized to provide a continuity to the information and make it easy to understand. Therefore, this paper aims to uncover the various elements of discourse markers and the rationale behind their usage in the 2019 Budget speech text. This speech was the first budget speech for the new coalition party, Pakatan Harapan. This research is a descriptive study using qualitative methods. The concept of anaphoric adverbs (Asmah, 2008) and the theory of Functional Grammar (Halliday & Matthiessen,  2014) have been employed in this research. Based on the results of the study, there are various types of discourse elements used by the speaker in the text of 2019 Budget Speech. The extension link, adverbs of purpose and the benefits adverb are seen as three elements of discourse that are often used in the production of the text of his speech. However, the text of this speech is also full of other discourse markers. The collaboration of discourse markers shows that connectors play an important role in ensuring the textuality of the 2019 Budget speech and can create contextual, structured speeches that are easily accpeted by language users.
Keywords: discourse marker, anaphoric adverb, speech text, functional grammar, 2019 Budget

RUJUKAN

Abd Ganing Laengkang. (2018). Analisis lakuan bahasa terhadap teks Khutbah Jumaat Negeri Selangor. Jurnal Hal Ehwal Islam dan Warisan Selangor, 1(2), 1-18.

Abdullah Hassan. (2005). Linguistik am. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.

Alarcon, J. B & Morales, K.N.S. (2011). Grammatical cohesion in student’s argumentative essay. Journal of English and Literature 2(5), 114 – 127.

Asmah Haji Omar. (2008). Nahu Melayu kemas kini: Panduan bahasa yang baik dan betul. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Asmah Haji Omar. (2008). Kaedah penyelidikan bahasa di lapangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar. (1982). Nahu Melayu mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azhar M. Simin. (1993). Sintaksis wacana “yang” dalam bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Blackmore, D. (1992). Understanding utterances. Oxford: Blackwell.

Fairclough, N. (2003). Analyzing discourse: Textual analysis for social research. New York: Routledge.

Gillian Brown & George Yule. (1988). Discourse analysis. New York: Cambridge University Press.

Halliday, M.A.K & Matthiessen, C.M.I.M. (2014). Halliday’s introduction to functional grammar. Fourth Edition. Oxford: Routledge.

Halliday, M.A.K & R. Hasan. (1976). Cohesion in English. London: Longman.

Idris Aman. (2014). Analisis wacana. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Idris Aman. (2013). “Proses” dalam ayat wacana: Representasi pengalaman dunia penutur. Jurnal Bahasa 13(1), 1-20.

Idris Aman. (2012). Discourse in social life: From the world of language to real world linguistics. Kertas dibentang di UKM International Conference on Linguistics, Bangi.

John W. Creswell, J. David Creswell. (2017). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods approaches. London: SAGE Publications.

Kathleen Kalpin Smith. (2017). Gender, speech and audience reception in early modern England. London: Routledge.

Kementerian Kewangan (5 November 2018). Teks Ucapan Belanjawan 2019. http://www.treasury.gov.my/pdf/ucapan/ub19.pdf

Labov, W. (1978). Some Principles of Linguistic Methodology. Language in Society, 1: 97–120.

Mohd Azidan Abdul Jabar & Ab. Halim Mohamad. (2017). Ketekstualan wacana Arab menerusi kaedah kohesi. Jurnal AL-ANWAR 1(3), 33-50.

Nurul Afifah Adila Mohd Salleh & Normaliza Abd Rahim. (2017). Didaktik dalam Teks Pengubahsuaian Bajet 2016. Journal of Business and Social Development 5(1), 112-122.

Renkema, J. (2004). Introduction to discourse analysis. Netherland: John Benjamins Publication.

Stefan Titscher, Michael Meyer, Ruth Wodak & Eva Vetter. (2000). Methods of text and discourse analysis. London: SAGE Publications.

Syakirah Abdul Rahman. (2016). Prosiding ICECRS: International Seminar on Generating Knowledge through Research. UUM-UMSIDA, Universiti Utara Malaysia, Malaysia.

Suhair Safwat Mohammed Hashim. (2015). Speech acts in political speeches. Journal of Modern Education Review 7 (5). 699–706.

Wong Shia Ho. (2014). Penggunaan simbol dalam teks ucapan Tunku Abdul Rahman: Analisis teori relevans. Jurnal Bahasa, 14(1).

Van Dijk. (1979). A Macrostructures: An interdisciplinary Study of Global Structures in Discourse, Interaction and Cognition. New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates Inc. Publishers

Van Dijk, T.A & Kintsch, W. (1983). Strategies of discourse comprehension. Orlando: Academic Press Inc.

(Teks Penuh)

Hantar Maklum Balas Anda