Kata Soal Brapa dalam Dialek Perlis: Analisis Program Minimalis

(Question words brapa in Perlis dialect: A Minimalis Program Analysis)

Fazal Mohamed Mohamed Sultan

fazal@ukm.edu. my

Pusat Penyelidikan Kelestarian Sains Bahasa,

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 Bangi, Selangor, Malaysia.

Abstrak

Makalah ini akan membincangkan kata soal yang berfokuskan kata soal terbuka, iaitu brapa dalam dialek Perlis dengan menggunakan pendekatan kerangka program minimalis. Data yang dianalisis dalam artikel ini diambil daripada kajian lapangan yang dilakukan di kawasan negeri Perlis.  Data tersebut diperoleh dengan cara merakamkan perbualan informan yang menuturkan dialek Perlis. Penulis telah menggunakan dua kaedah kajian, iaitu kaedah kepustakaan dan lapangan. Penulis menggunakan kaedah pustaka untuk mengumpulkan maklumat yang berkaitan kata soal, dan kaedah lapangan digunakan untuk mendapatkan data di kawasan lapangan. Kawasan yang dijadikan kawasan lapangan meliputi semua daerah yang terdapat dalam sempadan politik negeri Perlis. Setiap daerah dibahagikan mengikut petak-petak yang mempunyai skala 5km: 1cm untuk satu petak yang meliputi kawasan di utara, selatan, timur dan barat. Data yang telah dikumpulkan itu dicerakinkan dan dianalisis dengan menggunakan program minimalis. Kata soal yang bersifat in-situ ataupun bergerak dikaitkan dengan fitur yang dimiliki oleh kata soal berapa itu sendiri dan juga fitur OP yang telah menghalang pergerakannya. Hasilnya, kata soal brapa dalam dialek Perlis bersifat bergerak dan in situ apabila dikaitkan dengan kedudukan dan kehadiran OP pada posisi Spek FKOMP. Analisis teoritikal membuktikan bahawa penutur natif dialek Perlis mempunyai kata soal terbuka yang mempunyai kedua-dua sifat in situ dan bergerak.

Kata kunci: kata soal terbuka, kata soal tertutup, Perlis, fitur, dialek

Abstract

This article will discuss the question word brapa that focuses on open-ended questions in the Perlis dialect, using the minimalist programme framework. The data analysed in this article was obtained through a field study conducted in the state of Perlis. The data was obtained through recording of native speakers of Perlis dialect. The researcher employed two research methods, namely library research and fieldwork. The researcher conducted library research to gather information related to question words, while fieldwork was carried out to obtain the data. The area for the field research covered all the districts within the political border of Perlis. Each district was divided into squares on a scale of 5km:1cm, covering the areas of the north, south, east and west. The data collected was analysed using the minimalist programme. The analysis shows that the in-situ or moved question word is related to the features of the question brapa itself, and also the OP feature that prevents its movement. As a result, the question word brapa in the Perlis dialect is moveable and also in-situ when it is associated with the position and presence of the OP in the Spec CP position. This theoretical analysis proves that the native speakers of the Perlis dialect have open-ended words that have both in situ and movable properties.

Keywords: open-ended question words, close-ended question words, Perlis, features, dialect

RUJUKAN

Adger, D. (2003). Core syntax: A minimalist approach. New York: Oxford University Press.

Asmah Haji Omar. (2008). Nahu kemas kini. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ayatrohaedi. (1979). Dialektologi: Sebuah pengantar. Jakarta: Pusat Pembinaan dan     Perkembangan Bahasa.

Chomsky, N. (1995). The minimalist program. London, England: The MIT Press.

Denham, K. (2000). Optional wh-movement in Babine-Witsuwit’en? Nertherlands: Kluwer Academic Publishers.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan & Noriati Muhamad. (2017). Kata soal dalam dialek Perlis. Jurnal Akademika 87(1), 177-187.

Felser, C. (2004). Wh-copying, phases, and successive cyclicity. United Kingdom:University of Essex.

Ilie, C. (1999). Question-response argumentation in talk shows. Sweden: Stockholm University.

Kamus linguistik. (1997). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan edisi keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khairul Faiz Alimi & Mohd Romzi Ramli. (2009). Analisis ayat soal bahasa Mendriq menggunakan kerangka minimalis. Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Nor Hashimah Jalaluddin, Zaharani Ahmad dan Harishon Radzi (ed.). Prosiding Bengkel Kajian Linguistik Bahasa Mendriq. Hlm. 137-157. Bangi: Penerbit UKM.

Petronio, K & Lillo-Martin, D. Mar. (1997). WH-Movement and the position of Spec-CP: Evidence from American sign language. Language, 73(1), 18-57.

Mohd Sheffie Abu Bakar. (1987). Metodologi penyelidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan            Malaysia.

Nurulafiqah Suhaimi. (2010). Kata soal argumen dan bukan argumen dialek Bahasa Melayu Utara: Satu analisis minimalis. Tesis Sarjana. Bangi, UKM.

Reinhart. T. (1998). Wh-in-situ in the framework of the minimalist program. Nertherlands: Kluwer Academic Publishers

Rogayah A. Razak. (2006).  Kajian sintaksis bahasa Melayu: Pendekatan minimalis. Jurnal Persatuan Linguistik 7, 62-64.

Sakinah Nik Muhammad Naziman & Fazal Mohamed Mohamed Sultan. (2016).  Bentuk dan kedudukan kata tanya dialek Perak Utara: Satu huraian deskriptif. Jurnal Bahasa 16(2), 253-274.

Shima, E.  (1998). Two types of wh-features. Japan: Tohoku University Press.

Siti Noraini Hamzah & Mariati Mokhtar. (2009). Analisis ayat soal bahasa Mendriq menggunakan kerangka minimalis. Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Nor Hashimah Jalaluddin, Zaharani Ahmad dan Harishon Radzi (ed.). Prosiding Bengkel Kajian Linguistik Bahasa Mendriq. Hlm. 158-183. Bangi: Penerbit UKM

Tanaka, H. (1998). LF pied-piping of in-situ wh-phrases. Canada:  University of British Columbia.

Wong Bee Eng. 2009. wh-Questions in Malay: An Explanation for the Restriction of extraction to subject position with Yang. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Yanagida, Y. 1996. Syntactic QR in wh-in-situ languages. Japan: Kochi University.

[Teks Penuh]

Hantar Maklum Balas Anda