Variasi Kata Soal “Mengapa” dalam Dialek Kedah: Satu Analisis Sintaksis1

Fazal Mohamed Mohamed Sultan
fazal@ukm.my

Nurulafiqah Suhaimi
nurulfika85@yahoo.co

Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kajian dialek Melayu sebelum ini lebih menumpukan aspek sebutan dan leksikal. Kajian ini pula menumpukan aspek sintaksis, iaitu terhadap kata soal dalam dialek Melayu yang didapati menarik untuk dikaji. Kata soal digunakan bagi membina ayat soal dalam berbagai-bagai penggunaan bahasa termasuk dialek. Kata soal dikatakan mempunyai dua kedudukan, iaitu pada awal atau pada akhir ayat. Justeru, satu tinjauan telah dilakukan melalui kajian lapangan di negeri Kedah yang diwakili sebuah kampung di bahagian timur, barat, utara dan selatan negeri Kedah. Berdasarkan tinjauan, kata soal mengapa dalam Dialek Kedah (DK) bukan sahaja mempunyai dua posisi seperti yang dinyatakan, malah turut mempunyai variasi leksikal dalam penggunaan kata soal mengapa seperti pasai pa, awat, buat pa, rokpa dan sebab pa. Makalah ini akan menghuraikan fenomena kata soal “mengapaberdasarkan variasi leksikal yang dimiliki dialek ini melalui analisis sintaksis berpandukan kerangka Program Minimalis (Chomsky, 1995). Kajian ini menjelaskan fenomena yang berlaku dalam ayat soal DK berdasarkan faktor OP (Operator) dan VAR (Variabel) serta fenomena [± in situ] yang menyebabkan sesuatu kata soal itu in situ atau bergerak. Kajian mendapati bahawa Minimalis boleh “melihat” adjung. Penemuan ini bertentangan daripada pendapat Chomsky.

KATA KUNCI: dialek, kata soal, program minimalis, nahu, argumen

RUJUKAN

Asmah Haji Omar, 2008. Ensiklopedia Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Boeckx, C & Grohmann, K.K., 2003. Multiple Wh-fronting. Amsterdam: John Benjamin Publishing Co.

Chomsky, N., 1995. Minimalist Program. Cambridge: MIT Press.

Cole, P., Hermon, G.& Sung, Li May, 1990. “Principles and Parameter of Long Distance Reflexives” dlm. Linguistic Inquiry. 21:1–22.

Cole, P & Hermon, G. 1994. “Is there LF-movement?” dlm. Linguistic Inquiry. 25:239–62.

Cole, P & Hermon, 1998. “The Typology of Wh-movement: Wh-movement in Malay” dlm. Syntax 1(3):221–58.

Epstein, S. D. & Hornstein, N.(ed.), 1999. Working Minimalism. London: The MIT Press Cambridge.

Fazal Mohamed B. Mohamed Sultan, 2005. Analisis Sintaksis ke atas Enklitik “-nya” dalam Bahasa Melayu. Tesis Phd. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Frank, S., 1997. “South Slavic Clitic Placement is Still Syntactic”. Kertas dibentangkan dalam Penn Linguistic Colloqium, University of Pennsylvania, Philadelphia.

Frank, S., 1998. “Clitics in Slavic”. Kertas kerja dibentangkan dalam Workshop on Comparative Slavic Morphosyntax, Indiana University, Bloomington.

Haegeman, L., 1994. Introduction to Government & Binding Theory. UK: Blackwell Publishers.

Kamus Linguistik, 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mashudi Kader, 1981. The Syntax of Malay Interrogatives. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mashudi Kader, 2003. “Kategori Kosong Pro yang Berfungsi Frasa Nama” dlm. Jurnal Bahasa. 3(9): 391–416.

Rogayah Hj. Abdul Razak, 1995. The Syntax and Semantics of Quantification in Malay: A Government and Binding Approach. Tesis Doktor Falsafah. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Tatabahasa Dewan, 2004. Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

[Baca Teks Penuh]

Hantar Maklum Balas Anda