Penyerapan dan Pengubahsuaian Konsonan Arab dalam Bahasa Melayu

Zaharani Ahmad
zaharaniahmad@gmail.com

Jabatan Melayu-Indonesia
Hankuk University of Foreign Studies
Maizura Osman
maizuraosman@yahoo.com

Nor Hashimah Jalaluddin
nhj7892d@gmail.com

Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK Makalah ini menganalisis dan menjelaskan perilaku fonologi kata pinjaman Arab yang diserap masuk ke dalam bahasa Melayu, khususnya yang melibatkan bunyi konsonan. Konsonan Arab yang realisasinya sejajar dengan konsonan bahasa Melayu tidak menimbulkan masalah kerana konsonan tersebut boleh diterima oleh sistem nahu bahasa natif. Namun, bagi konsonan Arab yang tidak ada kesejajarannya dalam bahasa Melayu, dua perilaku fonologi didapati berlaku, iaitu (i) konsonan asing itu diserap sebagaimana bentuk asalnya dan menjadi sebahagian daripada inventori fonem bahasa Melayu, dan (ii) konsonan asing itu diubah suai dan digantikan dengan konsonan asli bahasa Melayu. Sama ada sesuatu konsonan itu mengalami proses penyerapan atau pengubahsuaian ditentukan oleh faktor cara dan daerah artikulasi. Sekiranya cara dan daerah artikulasi yang menghasilkan konsonan Arab itu serasi dengan bahasa Melayu, maka konsonan tersebut diserap sepenuhnya. Sebaliknya, jika cara dan daerah artikulasi konsonan itu sangat asing bagi bahasa Melayu, maka pengubahsuaian harus dilakukan. Proses fonologi yang melibatkan pengubahsuaian konsonan dianalisis dengan menggunakan teori fonologi autosegmental geometri fitur. Tiga rumus fonologi yang beroperasi di sini ialah rumus nyahbukalisasi, rumus nyahfaringealisasi dan rumus pembelakangan. Ketiga-tiga rumus ini dianalisis sebagai proses penyahhubungan autosegmen tertentu daripada representasi geometri fitur konsonan berkenaan.

KATA KUNCI: artikulasi, autosegmental, fitur distingtif, geometri fitur, penyahhubungan

RUJUKAN

Abdullah Hassan, 1980. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Amran Kasimin, 1987. Perbendaharaan Kata Arab dalam Bahasa Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Asmah Haji Omar, 1993. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Awang Mohammad Amin, 1993. “Kata Pinjaman Arab dalam Bahasa Melayu: Satu Penilaian Semula” dlm. Jurnal Dewan Bahasa 37(1), 49–58.

Beg, Muhammad Abdul Jabbar, 1977. Arabic Loan-words in Malay: A Comparative Study. Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Chin, S. B & Dinnsen, D. A., 1991. “Feature Geometry in Disordered Phonology” dlm. Clinical Linguistics and Phonetics 5 (4): 329–37.

Chomsky, N. & M. Halle, 1968. The Sound Pattern of English. New York: Harper & Row Publishers.

Frisch, S. A. et al., 2004. “Similarity Avoidance and the OCP” dlm. Natural Language and Linguistic Theory. 22:179–228.

Gadoua Abdulhamid. H., 2000. Consonant Clusters in Quranic Arabic. 58–85. (Dalam talian). http://clo.canadatoyou.com/28/Gadoua(2000)CLO28_61-85.pdf [capaian pada 20 Mac 2010].

Halle, M., 1992. “Phonological Features” dlm. Bright, W. (ed.). International Encyclopedia of Linguistics, Volume 3. Oxford: Oxford University Press.

Kenstowicz, M., 1994. Phonology in Generative Grammar. Cambridge: Blackwell.

McCarthy, J. J., 1988. “Feature Geometry and Dependency: A Review” dlm. Phonetica 45: 84–108.

McCarthy, J. J., 1991. “The Phonetics and Phonology of Semitic Pyaryngeals”. To appear in Papers in laboratory phonology III: Phonological structure and phonetic form. (ed.) P. Keating. London: Cambridge University Press.

Mohd. Isa Abd. Razak, 2009. “Bahasa Pinjaman Memperkaya Bahasa Melayu” dlm. Dewan Bahasa. 53(7):20–23.

Nor Hashimah Jalaluddin, 2007. Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Repetti, L. 1993. “The Integration of Foreign Loans in the Phonology of Italian” dlm. Italica. 70 (2):182–96.

Sagey, E. C., 1986. The Representation of Features and Relations in Nonlinear Phonology. Cambridge: MIT.

Teoh Boon Seong, 1994. The Sound System of Malay Revisited. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yunus Maris, 1980. The Malay Sound System. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Za‘ba, 1965. Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaharani Ahmad, 2009. “Pemerkasaan dan Pembinaan Jati Diri Bahasa Melayu: Isu Penyerapan Kata Asing”. Prosiding Seminar Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu Ke-V, hlm. 446–54. Universiti Pertanian Malaysia.

Zaharani Ahmad & Teoh Boon Seong, 2006. Fonologi Autosegmental Penerapannya dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

[Baca Teks Penuh]

Hantar Maklum Balas Anda