Unsur Eufemisme dalam Novel Papa dan Azfa Hanani

Noor Hatini binti Zolkifli
thisheart_hatini87@yahoo.com

Siti Saniah Abu Bakar
saniah@fbk.upsi.edu.my

Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Universiti Pendidikan Sultan Idris

ABSTRAK Makalah ini meneliti penggunaan unsur eufemisme dalam novel, iaitu penggantian perkataan yang dianggap tabu atau kasar. Novel bertajuk Papa digunakan di sekolah-sekolah di negeri Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, manakala novel Azfa Hanani pula digunakan di sekolah-sekolah di negeri Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Kajian ini menggunakan dua kaedah untuk memperoleh data, iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks. Dapatan kajian menunjukkan novel Azfa Hanani menggunakan sebanyak 36 unsur eufemisme atau sebanyak 57.1 peratus. Novel Papa menggunakan 27 unsur eufemisme, iaitu sebanyak 42.9 peratus. Berdasarkan unsur eufemisme tersebut, didapati sebanyak 11 unsur dalam dialog yang terdapat dalam novel Papa dan novel Azfa Hanani mengandungi enam unsur dalam dialog yang menepati Maksim Santun Leech (1993). Penggunaan unsur eufemisme perlu lebih diberi perhatian oleh guru, pelajar dan penulis kerana unsur eufemisme merupakan bahasa sopan yang bersesuaian dengan peringkat umur pelajar. Penggunaan unsur eufemisme dalam kehidupan seharian dapat melahirkan pelajar dan masyarakat yang lebih santun dalam pemilihan bahasanya.

KATA KUNCI: eufemisme, santun berbahasa, Komsas, novel, dunia remaja

RUJUKAN

Abdul Chaer, 1995. Semantik Bahasa Indonesia. Jakarta: Penerbit Rineka.

Arif Mohamad & Siti Khariah Mohd. Zubir, 2009. Kesusasteraan dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Leech, Geoffrey, 1993. Prinsip Pragmatik. Diterjemah oleh Azhar Simin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gorys Keraf, 2005. Diksi dan Gaya Bahasa. Jakarta: Pt. Gramedia Pustaka Utama.

Keris Mas, 1988. Perbincangan Gaya Bahasa Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Hashim Md. Nor, 2001. Analisis Penggunaan Kata Pelengkap dalam Novel Perlumbaan Kedua. Tesis Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu, UPSI; Tanjong Malim.

Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2005. Stilistik Komsas. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Nor Fazilah Nata, 2001. Penggunaan Kata Sendi Nama dalam Novel Terminal Tiga: Suatu Analisis Makna. Tesis Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu, UPSI: Tanjong Malim.

Rahman Shaari, 1993. Memahami Gaya Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Roslah Yaacob, 2002. “Binaan ‘dengan’ dalam Novel Aku Anak Timur: Satu Analisis Sintaksis dan Semantik”. Tesis Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu, UPSI: Tanjong Malim.

Syarul Ainul Mardziah, 2002. “Analisis Penggunaan Penjodoh Bilangan Berserta Unsur Pemadan dalam Novel Di Hadapan Pulau”. Tesis Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu, UPSI: Tanjong Malim.

Teo Kok Seong, 1995. “Tahu Bahasa/Tak Tahu Bahasa: Persoalan Bahasa Budaya dan Komunikasi” dlm. Hanapi Dollah & Lokman Mat Zen (ed.) Kebudayaan Melayu di Ambang Abad Baru: Satu Himpunan Makalah. Bangi: Penerbit UKM.

Zuraidah Jantan, 2009. Unsur Eufemisme dalam Novel Melayu: Satu Manifestasi Kesopanan Bahasa. Kuala Lumpur: ASWARA.

Zaidi Ismail, 2005. “Eufemisme dalam Bahasa Indonesia” dlm. Dewan Bahasa, 5 (5). 54–57.

[Baca Teks Penuh]

Hantar Maklum Balas Anda