Analisis Kata Progresif “Sedang” bagi Predikat Pencapaian dalam Bahasa Melayu

(The Analysis of the Progressive Verb “Sedang” for Achievement Predicates in Malay)

Nuruljannah Ayob

nuruljannah.ayob2015@gmail.com

Jewellary Bumpoh

jewellary2010@hotmail.com

Maslida Yusof

maslida@ukm.my

Pusat Penyelidikan Bitara Melayu,

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Abstrak

Makalah ini bertujuan menganalisis kata progresif “sedang” bagi kelas predikat pencapaian bahasa Melayu.  Progresif memberikan peranan kepada sesuatu yang bukan keadaan, iaitu kepada lakuan dan proses, serta boleh muncul secara natural dengan kata kerja bukan keadaan. Dalam bahasa Melayu, penanda yang merujuk perbuatan yang terus berlangsung dan belum selesai biasanya ditandai oleh kata kerja bantu aspek sedang, tengah (bahasa kolokial untuk sedang) dan masih. Namun demikian, kajian ini hanya memfokuskan kata progresif “sedang” sahaja untuk menentukan kelas predikat pencapaian.  Kelas predikat pencapaian merujuk pertukaran sesuatu keadaan dengan kadar yang segera.  Dalam sesuatu jangka masa pendek, sesuatu perubahan boleh mewujudkan sesuatu keadaan yang baharu.  Dengan itu, kelas predikat pencapaian ditandai sebagai satu lakuan yang mempunyai titik penamat. Kebiasaannya, kelas predikat pencapaian menerangkan perubahan yang segera daripada sesuatu keadaan kepada sesuatu keadaan yang baharu. Kajian ini memanfaatkan data daripada sumber pangkalan data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka serta dianalisis menggunakan konsep semantik teori tatabahasa peranan dan rujukan (TPR) – Van Valin (2005) dan pendekatan Rothstein (2004). Pengkaji terdahulu menjelaskan bahawa bahawa kata progresif sedang tidak boleh hadir dengan ayat kelas predikat pencapaian. Namun begitu, janaan data korpus menyangkal pernyataan tersebut.

Kata kunci: kata progresif sedang, kelas predikat pencapaian, teori tatabahasa peranan dan rujukan, data korpus, bahasa Melayu.

Abstract

This paper aims to analyse the progressive verb “sedang” for the class of achievement predicates in  the Malay language.  Progressive verbs  accord  a role to a word which expresses an action or process, it   could also  appear  naturally with  verbs which  express a state (thoughts, emotions etc).   In the Malay language, a marker that refers to the act of ongoing and incomplete action is normally  indicated  by an auxiliary verb progressive aspect for example “sedang” and “tengah” (colloquial form  of “sedang”) and “masih”. However, this study focuses only on the progressive verb “sedang” in order to determine the class of  achievement predicates. Essentially,  the class of achievement predicates  refers to the instantaneous change of  a certain state. In an instantaneous condition, a change could create a new state. Thus, the class of achievement predicates is marked as an act which has an inherent endpoint. Generally, a class of achievement predicates  describes the instantaneous change of a certain state  to a new one. This study benefited  from the database of Dewan Bahasa dan Pustaka, and the data were analysed using the concept of semantic theory, Van Valin’s role and reference grammar (RRG) and Rothstein’s approach (2004). Previous researchers explained that it is not possible for the progressive verb “sedang” to exist with the class of achievement predicates.  However, the corpus generation challenges the above mentioned claim.

Keywords: progressive verb “sedang”, achievement predicates, role and reference grammar theory, corpus data, the Malay language

RUJUKAN

Asmah Haji Omar. (2009). Nahu Melayu mutakhir. Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maslida Yusof. (2006). Representasi semantik preposisi dalam kata kerja bahasa Melayu. Jurnal Pengajian Melayu, 17, 112-135.

Mohd Shaffie Abu Bakar. 1987. Metodologi penyelidikan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Noraini Salleh, Maslida Yusof & Karim Harun. (2013). Klasifikasi aktionsart predikat keadaan bahasa Melayu. Jurnal Bahasa, 13 (2), 192-216.

Sistem Pangkalan Data Korpus Bahasa Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rothstein, Susan. (2004). Structuring event: a study in the semantic of lexical. United Kingdom.

Van Valin, R., (2005). Exploring the syntax-semantics interface. Cambridge: Cambridge University Press.

Vendler, Z., (1967). Linguistics in philosophy. New York: Cornell University Press.

Zaharani Ahmad. (2008). Aspek nahu praktis. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zsofia Gyarmathy. (2015). Achievements, durativity and scales. Berlin: Logos Verlag Berlin GmbH.

[Teks Penuh]

Hantar Maklum Balas Anda