Proses Nasalisasi Vokal Dialek Melayu Saribas: Penelitian Berasaskan Pendekatan

Geometri Fitur

(Vowel Nasalization in the Malay Dialect of Saribas: A Feature Geometry Approach)

Noor Azureen Hamid @ Ahmed

naha_azureen@siswa.ukm.my

Felo USM

Sharifah Raihan Syed Jaafar

s_raihan@ukm.edu.my

Pusat Penyelidikan Kelestarian Sains Bahasa,

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 Bangi, Selangor, Malaysia.

Tajul Aripin Kassin

tajul@usm.my

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan

Universiti Sains Malaysia,

11800 USM, Pulau Pinang, Malaysia.

Abstrak

Makalah ini menghuraikan proses nasalisasi vokal dalam fonologi dialek Melayu Saribas (DMSbs). Data dianalisis menggunakan model geometri fitur Halle (1995) yang merupakan salah satu daripada pendekatan dalam fonologi autosegmental. Kajian ini ialah kajian lapangan di empat buah kampung Melayu di Saratok, Sarawak. Data diperoleh daripada sepuluh orang penutur jati DMSbs yang menetap di kampung Melayu tersebut. Pengumpulan data linguistik DMSbs menerapkan kaedah temu bual dan senarai kata, serta rakaman perbualan audio. Makalah ini juga mengemukakan rumus nasalisasi vokal bagi menangani permasalahan fonologi apabila konsonan nasal mendahului atau mengikuti vokal dalam kata DMSbs. Data DMSbs memperlihatkan proses nasalisasi vokal berlaku apabila segmen nasal yang mempunyai fitur [+nasal] menyebarkan fiturnya kepada vokal bersebelahan dan menyebabkan vokal turut mendapat fitur [+nasal]. Proses nasalisasi vokal dalam DMSbs adalah secara progresif dan regresif. Penyebaran fitur [+nasal] juga berlaku sejauh mungkin selagi tiada konsonan legap yang menghalang penyebarannya. Penerapan geometri fitur dapat menjelaskan kekangan yang berlaku apabila konsonan legap menghalangi penyebaran fitur [+nasal] bagi mematuhi prinsip syarat purna bentuk yang tidak membenarkan garis penghubung bersilang.

Kata kunci: konsonan nasal, nasalisasi vokal, vokal nasal, geometri fitur, prinsip syarat purna bentuk, konsonan legap, konsonan telus, dialek Melayu Saribas

Abstract

This paper describes the process of vowel nasalization in the phonology of the Malay dialect of Saribas (MDoS). Data were analysed using Halle’s feature geometry model (1995), one of the approaches in autosegmental phonology.  This study was based on  field work conducted in four main Malay villages in Saratok, Sarawak. Linguistic data which  were obtained from ten MDoS  native speakers  were collected through  interviews, wordlists and audio recordings. Findings reveal  that the vowel nasalization rule  can be used to address  a phonological problem when a vowel is preceded or followed by nasal consonants in the MDoS. The findings also demonstrate  that vowel nasalization occurs when nasal segments with [+nasal] feature spread their  features to the adjacent vowel causing the  vowel to subsequently absorb the [+nasal] feature. Vowel nasalization in MDoS  occurs progressively and regressively. The [+nasal] feature also spreads as far as possible as long as there is no opaque consonant that blocks the feature from spreading. The application of feature geometry can help to explain the constraints that take place when  opaque consonants obstruct the spread of the [+nasal] feature in order to adhere to the principle of Well-formedness  which prohibits the crossing of association lines.

Keywords: nasal consonant, vowel nasalization, nasalized vowel, feature geometry, well-formedness condition, opaque consonants, transparent consonants, Malay dialect of Saribas

RUJUKAN

Adi Yasran Abdul Aziz. (2010). Inventori vokal dialek Melayu Kelantan: Satu penilaian semula. Jurnal Persatuan Linguistik, 11, 1-19.

Asmah Haji Omar. (1988). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bogdan, R. C., & Biklen, S. K.. (1998). Qualitative research for education: An introduction of theory and methods (Third Edition). Boston: Allyn & Bacon.

Chomsky, N., & Halle, M. (1968). The sound pattern of English. New York, NY: Harper & Row.

Chong Shin. (2000). Dialek-dialek Melayu di Lembah Baram. International Journal of The Malay World and Civilization, 27(2), 59-71.

Chong Shin. (2006). Bahasa Iban dan dialek Melayu di Saribas, Sarawak. The Sarawak Museum Journal, LXII(83 New Series), 85-106.

Chong Shin. (2015). Dialek Melayu di Lembah Sungai Krian: Variasi Melayu Saribas atau Rejang? Jurnal Bahasa, 15(1), 63-77.

Collins, J. T. (1987). Dialek Melayu Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collins, J. T. (1989). Malay dialect research in Malaysia: The issue of perspective. Bijdragen tot de Taal-, Land- en Volkenkunde, 145(2), 235-64.

Collins, J. T. (2000). Kepelbagaian dialek Melayu Sarawak: Tinjauan di sungai Saribas dan di Sungai Rejang. Jurnal Dewan Bahasa, 44(1), 2-17.

Crystal, D. (2011). Dictionary of linguistics and phonetics. Hoboken, NJ, US: John Wiley & Sons.

Farid Onn. (1980). Aspects of Malay phonology and morphology. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Gay, L. R., Mills, G. E., & Airasian, P. W. (2011). Educational research: Competencies for analysis and applications (Tenth Edition). United States of America: Pearson Education.

Goldsmith, J. A. (1976). Autosegmental phonology (Tesis Ph.D Tidak Terbit). Massachusetts Institute of Technology, Cambridge.

Goldsmith, J. A. (1990). Autosegmental & metrical phonology. Oxford, UK: Basil Blackwell.

Gussenhoven, C., & Jacobs, H. (2011). Understanding phonology (Third Edition). London: Hodder Education.

Halle, M. (1995). Feature geometry and feature spreading. Linguistic Inquiry, 26(1), 1-46.

Hamidah Abdul Wahab. (2008). Etnolinguistik komuniti Melayu Saribas, Sarawak. Jurnal Bahasa, 8(2), 220-241.

International Phonetic Association. (1999). Handbook of the international phonetic association. Cambridge, UK: Cambridge University Press.

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2011). Banci penduduk dan perumahan Malaysia: Taburan penduduk dan ciri-ciri asas demografi. Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia.

Kamarul Afendey Hamimi, Muhammad Iqbal Samadi & Ibrahim Ahmad. (2014). Nasalisasi vokal dalam sub-dialek Perak-Dialek Sayong: Suatu analisis autosegmental.  Prosiding Antarabangsa Kelestarian Insan. Batu Pahat, Johor: Penerbit UTHM.

Madzhi Johari. (1988). Fonologi dialek Melayu Kuching (Sarawak). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Majlis Daerah Saratok. (2017). Pelan Kampung Melango Baru, Saratok. Saratok, Sarawak: Pejabat Percetakan Malaysia.

Majlis Daerah Saratok. (2017). Pelan Kampung Melango Lama, Saratok. Saratok, Sarawak: Pejabat Percetakan Kerajaan Malaysia.

Majlis Daerah Saratok. (2017). Pelan Lokasi Bandar Saratok. Saratok, Sarawak: Pejabat Percetakan Kerajaan Malaysia.

Noor Azureen Hamid @ Ahmed & Tajul Aripin Kassin. (2013). Analisis fonologi autosegmental dalam proses penyebaran fitur geluncuran dialek Melayu Saribas.  Jurnal Bahasa, 13(2), 217-242.

Noor Azureen Hamid @ Ahmed, Sharifah Raihan Syed Jaafar & Tajul Aripin Kassin. (2016). Sistem fonologi dialek Melayu Saribas berasaskan fonologi generatif. Jurnal Bahasa, 16(1), 1-29.

Pejabat Daerah Saratok. (2017). Diakses daripada http://www.saratokdo.sarawak.gov.my/

Sagey, E. C. (1986). The representation of features and relations in non-linear phonology (Tesis Ph.D Tidak Terbit). Massachusetts Institute of Technology, Cambridge.

Samarin, W. J. (1993). Field linguistics. Diterjemah oleh Kamaruzaman Mahayidin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (Karya asal diterbitkan pada 1967).

Sato Hirobumi @ Rahmat & Sriwaja Ladis. (2013). Proses nasalisasi vokal dan ciri akustik vokal nasalan. Jurnal Bahasa, 13(1), 104-127.

Tajul Aripin Kassin. (2000). The phonological word in Standard Malay (Tesis Ph.D Tidak Terbit). University of Newcastle, Newcastle.

Tajul Aripin Kassin. (2005). Penggandaan separa dalam dialek Perak: Suatu analisis autosegmental. Jurnal Bahasa, 5(3), 162-188.

Tajul Aripin Kassin. (2009). Urutan vokal bahasa Melayu: Suatu analisis autosegmental. Radiah Yusoff & Noriah Mohamed (ed.), Kata di gelanggang bahasa: Esei-esei penghargaan untuk Profesor Mashudi Kader. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Teoh, Boon Seong. (1994). The sound system of Malay revisited. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Unit Perancang Negeri Sarawak. (2011). Sarawak facts and figure. Kuching, Sarawak: Jabatan Ketua Menteri.

Yunus Maris. (1980). The Malay sound system. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Zaharani Ahmad. (2003). Harmoni vokal dalam bahasa Rungus dan Dusun Kimaragang: Suatu analisis fonologi autosegmental. Jurnal Bahasa, 3(4), 607-623.

[Teks Penuh]

Hantar Maklum Balas Anda