Representasi Sintaksis Operator Bahasa Melayu Berdasarkan Pendekatan Tatabahasa Peranan dan Rujukan

Ardiana Ali Amat
dian_lee11@yahoo.com

Maslida Yusof
maslida@ukm.my

Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK Makalah ini meneliti bentuk dan peranan operator bahasa Melayu dari aspek sintaksis. Aspek sintaksis operator bahasa Melayu diteliti berdasarkan kerangka teori Tatabahasa Peranan dan Rujukan (TPR). Makalah ini menggunakan kata tugas yang disenaraikan dalam buku Tatabahasa Dewan sebagai asas analisis operator bahasa Melayu. Kajian ini menyenaraikan tujuh jenis operator dalam bahasa Melayu, iaitu aspek, status, modaliti, arah, penafian, pembuktian dan ilokusionari. Setiap operator ini mempunyai peranannya dalam Struktur Berlapisan Klausa (SBK), iaitu operator aspek, penafian dan arah mengubah suai ayat pada peringat nukleus; operator modaliti pula mengubah suai peringkat inti, dan akhir sekali operator status, bukti dan ilokusionari pula mengubah suai ayat pada peringkat klausa. Dengan menggunakan kerangka TPR, kajian ini menunjukkan satu cara alternatif untuk menjelaskan bentuk dan peranan operator bahasa Melayu.

KATA KUNCI: operator, tatabahasa peranan dan rujukan, sintaksis, struktur berlapisan klausa, nukleus, inti dan klausa

RUJUKAN
Akira Ishikawa, 2001. “A Functional Operator-Based Morphological Analysis of Japanese”. http://www.buffalo.edu/research/rrg/vanvalin. Capaian 5 Januari 2009.
Asmah Haji Omar, 1975. Essays on Malaysian Linguistics. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar, 1982. Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Maslida Yusof, 2006a. “Representasi Semantik Preposisi dalam Kata Kerja Bahasa Melayu” dlm. Jurnal Pengajian Melayu, Jil. 17.
Maslida Yusof, 2006b. “Struktur Leksikal dalam Sintaksis dan Semantik: Kajian Terhadap Kata Kerja dan Preposisi Bahasa Melayu”. Tesis PHD. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nik Safiah Karim et al., 2004. Tatabahasa Dewan. Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim et al., 2010. Tatabahasa Dewan. Edisi ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Van Valin, R.D. & LaPolla, R., 1997. Syntax: Structure, Meaning and Function. Cambridge: Cambridge University Press.
Van Valin, R.D., 2005. Exploring the Syntax-Semantics Interface. New York: Cambridge Unversity Press.

[Baca Teks Penuh]

Comments are closed.

Hantar Maklum Balas Anda