Penguasaan Bahasa Melayu oleh Pelajar Melayu dalam Arus Globalisasi

Nor Hashimah Jalaluddin et al.

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk meneliti prestasi anak-anak Melayu dalam subjek bahasa Melayu pada peringkat UPSR dan PMR. Kajian telah dilakukan ke atas empat buah sekolah. Seramai 1000 pelajar telah dijadikan sampel dengan menjawab soalan peperiksaan tahun 1999, 2000 dan 2001. Paparan data menunjukkan bagi peperiksaan UPSR tahun 1999, 113 pelajar telah mencatat pencapaian baik, turun pada 105 orang pada tahun 2000 dan hanya 38 orang pada tahun 2001. Pada peringkat PMR juga menunjukkan pola yang sama. Prestasi pelajar baik bagi tahun 1999 ialah 274 orang menurun kepada 142 pada tahun 2000 dan naik sedikit kepada 145 pada tahun 2001. Kajian ini mendapati penurunan prestasi pelajar berkait rapat dengan bentuk soalan yang dikemukakan yang kami golongkan sebagai soalan bermasalah.  Soalan bermasalah yang ditemui ialah 16 peratus bagi tahun 1999, 20 peratus bagi tahun 2000 dan 40 peratus bagi tahun 2001 bagi UPSR. Peratus soalan bermasalah PMR pula adalah 23.3 peratus pada tahun 1999. 33.3 peratus pada tahun 2000 dan 30 peratus pada tahun 2001. Kajian ini juga mendapati soalan bermasalah ada kaitannya dengan aspek nahu yang bermasalah. Soalan bermasalah mengelirukan pelajar kerana soalan tersebut berteraskan nahu pegangan tetapi bertentangan pula dengan nahu praktis. Nahu praktis ialah nahu yang digunakan oleh masyarakat umum sehari-hari yang disebarluaskan oleh media sebagai kesan daripada arus globalisasi.

Abstract

This research attempts to study the achievement of the Malay students in UPSR and PMR for bahasa Melayu. This study was carried out at four schools. 1000 students were chosen as samples and were asked to sit for the examination for tree consecutive years, 1999, 2000 and 2001. The data show that UPSR result for the year 1999, 113 students achieved good result, and the number decreases to 105 for the year 2000 and finally only 38 for the following year. The same pattern surfaces for PMR. High achievers students for 1999 are 274 and de­clines to 142 in the year 2000 and increases to 145 in the year 2001. The research proves that there is a correlation between the students achievement and the questions asked in the examination which we named them as a problematic questions. The problematic questions are 16 percent in 1999, 20 percent in 2000 and 40 percent in 2001 for UPSR. For PMR there are 23.3 percent in 1999, 33.3 percent in 2000 and 30 percent in 2001. This study also discloses that the problematic questions are related to a misleading proposed grammar. This leads to confusions among stu­dents because the questions are based on prescriptive grammar as opposed to practical grammar. Practical grammar is a grammar used by the mass and disseminate widely through media as a result of globalization.

RUJUKAN

Abd. Jalil Anuar, 2000. Pangkalan Data Korpus dalam Penyelidikan Bahasa: Kajian Kes memper-, Persidangan Linguistik ASEAN 1. 14-16 Nov. Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Blackmore. D., 1992. Understanding utterances. Oxford: Basil Blackwell.

Eng May Chuen, 2001. Penggunaan Kata Sendi Nama ‘dari’ dan ‘daripada’ dalam akhbar Berita Harian, Latiham Ilmiah . Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kamarul Din Arriffin, 2001. Kamus Dalam Pengajaran Bahasa: Satu Kajian Leksikografi, Kertas Projek. Jabatan Linguistik, Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Fazli Ibrahim. Amerikanisasi ‘ dan Masa Depan Budaya Tempatan”  dIm. Dewan Budaya (11), hlm. 54-55, 1999.

Nik Safiah Karim et al., 1996. Tatabahasa Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaluddin, 1992. Semantik dan Pragmatik: Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaluddin, 1999. Semantik dalam Penulisan Buku Teks: Satu Tuntutan dalam Kurikulum, Jumal Bahasa, Jil. 43 (8), 692-709.

Nor Hashimah lalaluddin, 2000. Kesan Modenisasi dan Globalisasi pada Bahasa dan Budaya Melayu, Seminar Wacana Melayu, Kuala Terengganu.

Nor Hashimah lalaluddin, 2001, Semantik Pragmatik dan Leksikografi. Jumal Bahasa, Jid. 1 Bil. (3).

Noriah Mohammad, 2000. Kesan Globalisasi Terhadap Bahasa. Kertas Kerja Kolokium Bahasa dan Pemikiran Melayu/lndonesia ke-2, Minden, Universiti Sains Malaysia.

Ramli Md. Salleh, Ismail Salleh, Idris Aman, Fadzeli Jaafar, 2000. Penguasaan Bahasa Melayu di Kalangan Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Rendah: Kajian di Sekolah-sekolah Rancangan Felda Negeri Sembilan, Penyelidikan Fakulti M/3/98, Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Razali Arof, 1996. Pengantar Kurikulum, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

S. Nathesan, 1999. Pendekatan dan Teknik Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sperber, D, D., dan Wilson, 1999. Teori relevans: Komunikasi dan kognisi (terj.), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaharani Ahmad, 200 1. Isu Pengimbuhan memper-kan dengan Kata Adjektif dalam Bahasa Melayu, ASEAN Linguistics Conference, Brunei Darussalam.

(Teks Penuh)

Hantar Maklum Balas Anda