Pemerolehan Morfologi dan Sintaksis dalam Kalangan Kanak-­kanak Melayu pada Peringkat Menjelang Tatabahasa Dewasa

Mhd. Amin Arshad dan Vijayaletchumy Subramaniam

Abstrak

Berdasarkan Teori Mentalis sebagai konsep, kajian ini akan cuba meneliti perkembangan penghasilan cakapan dalam kalangan kanak­ -kanak Melayu pada Peringkat Menjelang Tatabahasa Dewasa. Teori Genetik-Kognitif dijadikan kerangka teori ini. Teori ini diperkenalkan oleh Chomsky (1959) yang telah secara radikal mengubah perkem­bangan psikolinguistik. Lantaran, wujudlah satu teori pemerolehan dan pembelajaran bahasa yang disimpulkan daripada teori linguistiknya (Teori Transformasi Generatit). Kajian ini dijalankan terhadap kanak­ kanak di sekitar kawasan Sri Serdang. Rasional untuk memilih tempat ini adalah kerana kanak-kanak di kawasan ini berasal daripada keluarga yang bertutur dalam bahasa Melayu, dan kurang dipengaruhi oleh dialek bahasa Melayu kedaerahan dan kenegerian. Melalui kaedah pemer­hatian, penyelidik membuat pemerhatian pemerolehan bahasa secara spontan, iaitu ketika kanak-kanak tersebut berinteraksi dengan orang dewasa. Di samping itu, penyelidikjuga berbual-bual dan bersoal jawab dengan kanak-kanak tersebut. Bagi merangsang kanak-kanak berinteraksi dengan penyelidik dan kawan-kawannya, bahan-bahan konkrit seperti gambar dan benda-benda di persekitaran kehidupan kanak-kanak digunakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa aktiviti­-aktiviti secara kolaboratif atau bekerjasama dalam interaksi bahasa antara kanak-kanak dengan penjaga dapat menyediakan konteks yang paling sesuai untuk pembelajaran bahasa. Melalui aktiviti tersebut, seseorang kanak-kanak dapat menghayati unsur bahasa dan rumus tatabahasa yang terdapat dalam bahasa ibundanya. Selain itu, kanak­ kanak juga dapat menguasai unsur-unsur bahasa dalam masyarakat dan budaya bahasa tersebut. Tegasnya, kanak-kanak juga dapat mempelajari cara untuk memilih tutur kata serta pertuturan yang sesuai dengan khalayak, tajuk, dan konteks perbualannya.

Abstract

Based on Mentalist Theory as concept, this research will try to seek the development of producing speech among Malay Children at the level of adult grammar. Genetic Cognitive Theory was used as the measuring tool for this theory. This theory was introduced by Chomsky (1959) and it brought a radical change in the development of psycholinguistic. As a result, the Transformation Generative Theory came into existence. This research was carried out among children in the visiting of Sri Serdang. The rational to choose this location is mainly to the fact that these children come from families who speak Malay language which is not influenced by dialects and states of origin. Through the observation method, the researcher will observe the lan­guage acquisition spontaneously i.e. when the child interact with an adult. Simultaneously, the researcher will chit-chat and conduct a ques­tion-answering session with the child. To encourage the child to inter­act with the researcher and his or her friends, concrete objects such as pictures and existing objects in the child‘s environment are used. The out come shows that collaborative activities in the interaction of lan­guage between the child and parent yield the best context to learn a language. Through this activity, the child further masters the language elements and grammar formulae which exist in his or her mother tongue. Besides that, the child also masters the language elements found in the society and customs. In short, the child also learns the way to select the proper words and proper speech applicable to the topic and the context of his or her conversation.

RUJUKAN

Abdullah Hassan, 1980. LinguistikAm untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Abdullah Hassan, 1983. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. PetalingJaya: Fajar Bakti.

Abdullah Hassan dan Hasnah Hj. Ibrahim, 1987. Kesalahan Bahasa dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rashid Ali, “Penguasaan Bahasa Kanak-kanak:Satu Pemerhatian Kes Awal” dlm. Jurnal Dewan Bahasa 34:10, hlm. 942-955,1992.

Abdullah Yusuf dan Che Rabiah Mohammad, “Teori Pemelajaran Sosial dan Pemerolehan Bahasa Pertama” dlm. Jurnal Dewan Bahasa 36:6, hlm. 456­464,1995.

Asmah Haji Omar, 1976. Kepelbagaian Fonologi Dialek-dialek Melayu. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 1981. “Bahasa dan Pendidikan Kanak-kanak” dlm. Di Sekitar Persoalan Bahasa Melayu 1957-1972. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, “Bentuk Bahasa Kanak-kanak Melayu” dlm. Dewan Bahasa 26:9, hlm. 681-695, 1985.

Asmah Haji Omar, 1986. Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Atan Long, 1970. Satu Penyiasatan Perbendaharaan Kata Asas Kanak-kanak Melayu di dalam Darjah Satu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Atan Long, 1971. Satu Penyiasatan Perbendaharaan Kata Asas Kanak-Kanak Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bellugi, U dan Brown, R., 1975. The Acquisition ofLanguage. Chicago:The Uni­versity ofChicago Press.

Chomsky, C., 1969. The Acquisition of Syntax in Children from 5 to 10. Massachusetts: The M.LT. Press. Chomsky, Noam, “A Review of B.F. Skinner’s Verbal Behaviour” dlm. Language 35, hlm. 26-58,1959.

Chomsky, Noam, 1981. “On Cognitive Structures and Their Development A Re­ply to Piaget”, dlm. Language and Learning: he Debate between Jean Piaget and Noam Chomsky, Piattelli Palmarini (ed.). London:Routledge & Kegan Paul.

Foss, DJ. dan Hakes, D.T., 1978. Psycholinguistics -An Introductions to the Psy­chology of Language. New Jersey: Prentice-Hall Inc. Hornstein and Lighttoot, 1975: Learning How to Mean: Explorations in the Devel­opment of Language. London:Edward Arnold.

Harimurthi Kridalaksana, 1983. Kamus Linguistik. Jakarta: PT Gramedia.

Juriah Long, 1983. Pemerolehan Imbuhan pada Peringkat Prasekolah dan Implikasinya terhadap Pendidikan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.  

Krashen, S.D. dan Terrel, T.D., 1983. The Natural Approach: Language in the Class­room, New York: Prentice-Hall.

Kamarudin Haji Husin, 1986. Satu Penyiasatan Perbendaharaan Kata Asas Kanak­Kanak Melayu di dalam Darjah Satu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Limber, M. M., 1973. Language and the Child. Slough: National Foundation for Educational Research.

Mangantar Simanjuntak, 1987. Pengantar Psikolinguistik Moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Piaget, J., 1952. The Origin of Intelligence in the Child. New York: Intemational Universiti Press.

Shatz, S., 1982. Psycholinguistics: A Book of Reading. Indiana University: Holt Rinechart and Winston.

Sinclair, H., “Language Acquisition and Cognitive Development” dlm. Cognitive Development and the Acquisition of Language, T.E. Moore (ed.). London: Academic Press, hlm. 9-25, 1973.

Steinberg, 1995. Learning about Language: An Introduction to Psycholinguistics. London & New York:Longman.

Zulkifley Hamid, 1994. Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(Teks Penuh)

Hantar Maklum Balas Anda