Perubahan Morfologi dalam Tiga Edisi Kamus Dewan

Zaharani Ahmad

Abstrak

Makalah ini memaparkan kajian tentang perubahan morfologi tatabahasa dalam bahasa Melayu dengan menganalisis tiga edisi Kamus Dewan (1970. 1984. 1994). Aspek morfologi secara khusus dalam makalah ini melibatkan pengimbuhan memper-kan dengan kata akar yang tergolong dalam kelas kata adjektif. Hasil kajian mendapati bahawa perubahan itu bukan didorong oleh perkembangan bahasa. tetapi disebabkan oleh pematuhan kepada tatabahasa preskriptif dalam Tatabahasa Dewan (Nik Safiah. 1997) yang menyatakan bahawa ciri kelewahan tidak dibenarkan dalam bahasa Melayu. Namun demikian. berdasarkan data kajian. unsur kelewahan begitu banyak dalam bahasa Melayu. Justeru. kewujudannya merupakan sebahagian daripada tatabahasa bahasa Melayu. Kelewahan mempunyai fungsi tatabahasa, iaitu untuk menegaskan maklumat bahasa yang ingin disampaikan. Sekiranya kelewahan diterima sebagai sebahagian daripada aspek tatabahasa bahasa Melayu, maka perubahan preskriptif yang dilakukan ke atas Kamus Dewan perlu diteliti dan difikir semula.  

Abstract

This article attempts to examine morphological changes that occur in Malay grammar by analysing three editions of Kamus Dewan (1970. 1984. 1994). For the purpose of this article, the morphological aspect that comes under investigation is the affixation of memper-kan with adjectival roots for deriving verbal derived forms. It is apparent that the change is not motivated by natural developments of the language but due to the pre­scriptive grammar established in the Tatabahasa Dewan (Nik Safiah. 1997) which claims that redundancy features are not permitted in Malay. How­ever based on my observation and the available data. redundancy ele­ments actively occur in the language. Thus, it must be treated as part of the Malay grammar. It is apparent that redundancy has a grammatical function in the language that is to reinforce the linguistic information conveyed by the speakers. If redundancy is regarded as the grammatical aspect of Malay, then the prescriptive change that was performed 011 Kamus Dewan (1994) should be reanalysed and redefined.

RUJUKAN

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd., 1994. Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Arbak Othman, 1981. Tatabahasa Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Sarjana En­terprise.

Asmah Haji Omar, 1986. Nahu Melayu Mutakhir (Edisi Baru). Kuala Lumpur:  Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asraf, 1990. Petunjuk Bahasa Malaysia Baku KBSM. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Hartmann, R.R. K. Pnyt. Leksikografi: Prinsip dan Amalan. Terj . Zainab Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.  

Kamus Dewan, 1970, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.  

Kamus Dewan, 1984, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.  

Kamus Dewan, 1994, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Liaw Yock Fang, 1985. Nahu Melayu Moden. Singapura: Pustaka Nasional.  Nik Safiah Karim (et al.,), 1989. Tatabahasa Dewan Jilid 2: Perkataan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim (et al.,), 1997. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norzila Ab. Ghani, 2001. “Kata Penguat Darjah Penghabisan Bahasa Melayu”, Latihan Ilmiah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Teoh Kok Seong, 1998. “Kelewahan dalam Bahasa Melayu”, dlm. Jurnal Dewan Bahasa 42(9): 833-846.

Trask. R.L., 1996. A Dictionary of Phonetics and Phonology. London: Routledge.

(Teks Penuh)

Hantar Maklum Balas Anda