Keberkesanan Aplikasi TMK dalam Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Membaca Murid: Satu Kajian Kes

Abul Fuad Mohamed Salim

fuad.btpnkel@moe.edu.my

Bahagian Teknologi Pendidikan Kelantan

Izani Hj Daud

izani_hd@yahoo.com.my

Sekolah Menengah Kebangsaan Salor, Kota Bharu, Kelantan

Abstrak

Kajian ini dilaksanakan bertujuan menilai keberkesanan aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam meningkatkan penguasaan kemahiran membaca murid, minat dan penglibatan mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Alat ukur kajian ini ialah ujian pra- dan ujian pasca- bagi melihat keberkesanan penguasaan kemahiran membaca dan Instrumen Permerhatian Guru bagi mengukur minat dan penglibatan murid. Dua kaedah P&P diguna pakai dalam kajian ini, iaitu kaedah Stand Alone yang menyamai situasi dan kemudahan TMK di makmal komputer dan pusat akses sekolah dan kaedah Bilik Darjah. Penyampaian kemahiran membaca kepada murid dilakukan secara pengayaan kendiri dan berfokuskan guru. Dapatan kajian menunjukkan minat murid adalah tinggi dalam proses P&P menggunakan TMK dan kaedah Stand Alone. Kaedah ini lebih diminati berbanding kaedah Bilik Darjah. Penglibatan murid juga adalah tinggi dalam proses P&P menggunakan TMK, dan tiada  perbezaan penilaian pemerhatian bagi kaedah Stand Alone dan kaedah Bilik Darjah. Secara keseluruhan telah berlaku peningkatan secara menyeluruh dalam penguasaan kemahiran membaca murid-murid.

Kata kunci: aplikasi TMK, kemahiran membaca, murid pemulihan, kaedah Stand Alone, kaedah Bilik Darjah

Abstract

This study was undertaken to evaluate the effectiveness of Information and Communication Technology (ICT) applications in enhancing students’ reading skills, interest and involvement in the process of teaching and learning. The study was undertaken using pre- and post-testing to gauge reading skills and teacher observation instruments to measure students’ interest and involvement. Two methods of teaching and learning were used in this study, the Stand Alone method, with ICT facilities equivalent to those of the computer lab and school access, and the Classroom method. Reading skills were imparted to students through self -enrichment and teacher focus. It was found that student interest was high for teaching and learning using ICT, and the Stand Alone method compared to the Classroom method. Student participation was also higher in teaching and learning when ICT was used and there was no difference between observations for Stand Alone method and Classroom method. Overall there was a general improvement in reading proficiency of students.

Keywords: ICT aplications, reading skill, recovery students, Stand Alone method, Classroom method

RUJUKAN

Abu Bakar Nordin, 1995. Penilaian Afektif. Kajang: Masa Enterprise.  

Buku Manual Kajian Tindakan, 2008. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.  

Modul Kajian Tindakan BTPN, 2010. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan. Modul tidak diterbitkan.

Modul Peer Tutoring PSPN Kelantan (Rakan Bestari), 2004. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan.

Wan Chik Ibrahim, 1997. A Guide to Writing Research Proposals. Kuala Lumpur: Darulfikir.

Zainora bt Mohd @ Man, 2005. Meningkatkan kemahiran Membaca Murid Tahun 5 Melalui Kaedah Latih Tubi Bacaan Menggunakan Kad Suku Kata. SK. Merting, Pahang.

Zuria Mahmod, Dr. Ab. Halim Tamuri dan Safani Bari, 2004. Kajian ke Atas Aspirasi, Nilai Diri, Halangan dan Keperluan Pelajar Fikir di Negeri Selangor: Satu Tinjauan Awal di Daerah Sabak Bernam. Universiti Kebangsaan Malaysia.

(Teks Penuh)

Hantar Maklum Balas Anda