Sistem Nombor dan Angka Melayu Berdasarkan Kajian Etimologi dan Penyukatan

Shaharir Mohamad Zain

Abdul Razak Salleh

Abstrak

Mengikut kajian etimologi terhadap perkataan-perkataan Melayu untuk  nombor, kami menyerlahkan lagi betapa perkataan-perkataan itu ada  hubungan langsung dengan jari-jari sebelah tangan sahaja. Buat pertama  kalinya, kami berhujah seterusnya bahawa itulah dalil linguistik yang  kuat bahawa sistem nombor Melayu ialah sistem perlimaan (kuiner)  atau persepuluhan (dener/desimal). Untuk ini kami menemui asal usul  yang baharu bagi perkataan empat. enam dan puluh. Kemudian kami  memperoleh buat pertama kalinya angka Melayu yang berasaskan jari­ jari. Hal ini rnenunjukkan kemungkinan kuatnya orang-orang Melayu  menggunakan jari-jari tangan mereka untuk melambangkan sesuatu  nombor seperti yang diamalkan oleh orang-orang Eropah sebelum  mereka mengambil angka Muslim (Arab) seluruhnya pada abad ke­ 17M dan amalan masa kini dalam pemiagaan bursa saham. Walaupun  sistem nombor Melayu adalah perlimaan (kuiner) atau persepuluhan  (dener/desimal), namun dalam penyukatan, mereka menggunakan  sistem perempatan (kuarterner) yang boleh dibandingkan dengan  Inggeris, umpamanya yang menggunakan sistem penyukatan berasaskan  dua belas (perdua-belasan atau duodener/desimal) sedangkan sistem  nombomya berasaskan sepuluh (persepuluhan). Sebab-sebab orang  Melayu menggunakan sistem perempatan (kuarterner) juga  dibincangkan. Sementara itu kami juga membicarakan sistem  penyukatan masa Islam-Melayu yang bitara yang dicipta sekurang­ kurangnya pada abad ke-16M dan berupa kitaran delapan tahun (juga  tekal dengan sistem perempatannya itu) yang dikenali sebagai daur kecil bagi suku kaum Melayu bukan Jawa dan windu bagi suku kaum  Melayu-Jawa. Sistem penyukatan masa ini mempunyai empat variasi  kerana perbezaan simbol abjad Arab yang digunakan (oleh itu nama  tahunnya), iaitu yang boleh dinamai daurAcheh-Wilkinson, daur Acheh­ Al-Attas. daur Campa dan windu.

Abstract

It is shown that etymologically the Malay words for numbers are based on position of fingers on one hand. We then argue that linguistically, and we believe that this is the first time ever, there is a strong evidence that the Malay number system is a quinary or denary/decimal system. To establish this fact we found new possible origin of the Malay words for empat, enam and puluh. Then we also obtain a Malay numeral system based on fingers and we believe that this is the first proposal of its kind. This shows that there is a strong possibility that fingers had been used to signify numbers in the Malay world just like the Euro­pean before their complete adoption of the Muslim (Arabic) numeral in the 17th century, and presently the use of fingers in the whole world among people in the stock exchange business. Even though the Malay number is a quinary or denary system we find that the Malay concept of measurement is based on four, a quartenary system. This is to be compared with the British concept of measurement which is based twelve (duodenary/duodecimal) whereas their system of numbers is denary. Reasons for the Malays to adopt a quarternary system of mea­surement are also discussed. Meanwhile there was a unique Islamic­ Malay calendar of eight-year cycle (still consistent with the quarternary system of numbers) known as daur kecil among non-Javanese and windu among the Javanese used together with the Islamic calendar since 16th century with four variations due to different adoption of Arabic alphabets, namely Acheh-Wilkinson, Aceh-al-Attas, Campa and Javanese versions.


RUJUKAN

Abdul Razak Salleh, 1996. Unsur-unsur Matematik dalam Budaya Melayu. Kertas Kerja yang dibentangkan di ATMA, UKM. 15 Okt. 1996. Terbit dalam Kesturi 1999.

Asmah Haji Omar, 1993a. Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Snt. Ke-2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Snt. Pertamanya, 1986.

Asmah Haji Omar, 1993b. Susur Galur Bahasa Melayu. Cetakan, ke-3, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 1995a. Rekonstruksi Kata Bahsa Melayu Induk. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 1995b. Bahasa Kesusasteraan Klasik Kedah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dantzig, T. 1954. Number. The Language of Science. Anchor Book. 4th ed. Revised and Augmented. Juga muncul dalam Shaharir bin Mohamad Zain (Pyt.), 1985. Pengenalan Tamadun Islam dalam Sains dan Teknologi. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.  442

Gallop, A.T. 1994. Warisan Warkah Melayu. London : The British Library. Howard, A. 1996. Bibliography of Malay Manuskript. Kuala Lumpur: Universiti  Malaya. Howell, W. 1900. Sea Dayak Dictionary. Singapore: American Mission Press. Intan, 1991. Malaysia Kita. 1991. Kuala Lumpur. Intan.  

Kamus Dewan, 1994. Snt. Ke-3. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Md. Khair bin Haji Md. Taib, 1987. Taqwim Hijriah Khiriah, Bangi. Penerbit  Universiti Kebangsaan Malaysia.

Means, P.B. dan Means, N. 1987. Senoi-English Dictionary. Kuala Lumpur: Pelanduk.

Othman Mohd. Yatim dan Abdul Halim Nasir, 1990. Epigrafi Islam Terawal di Nusantara. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shaharir bin Mohamad Zain, 1987. Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains. Kuala  Lumpur: Akademi Sains Islam Malaysia. Snt. Ke-2 terbit 2000.

Shaharir bin Mohamad Zain, 1988. Pembinaan Sistem Angka. Bangi: Badr Kubra.

Shaharir bin Mohamad Zain, 2000a. “Angka Melayu sebelum kedatangan Islam”  dalam Bulletin of the Malaysian Mathematical Sciences Society. 23: 187­ 220.

Shaharir bin Mohamad Zain, 2000b. Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains. Snt. Ke-2. Bangi: Pejabat Penerbit Univ. Kebangsaan Malaysia.

Syed Muhammad Naquib al-Attas, 1988. The Oldest Known Malay Manuscript: A 16thAqa‘id of al-Nasafi. Kuala Lumpur: Department of Publications, University of Malaya.

Tryson. D.T. (Pyt.), 1995. Comparative Austronesian Dictionary. New York: Monton De Gruyter.

Wilkinson, RJ. 1959. A Malay-English Dictionary. (Romanised), Bahagian I (A­K) dan Bahagian II (L-Z). London: McMillan.

Winstedt, R.O. 1966. An Unabridged English-Malay Dictionary. Edisi Keempat. Kuala Lumpur & Singapore: Merican & Son Sdn. Bhd.

(Teks Penuh)

Hantar Maklum Balas Anda