Variasi Sosial Sebutan Bahasa Melayu: Masalah dalam Kalangan Pelajar Bukan Melayu

Idris Aman

Shahidi Abd. Hamid

Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Makalah ini ingin memperlihatkan bahawa sebutan bahasa Melayu sebenarnya  tertakluk kepada variasi sosial tertentu.  Namun begitu, makalah ini juga berkaitan soal “sebutan baku” memandangkan dalam Bahasa Melayu standard, soal tersebut merupakan soal yang tidak dapat dielakkan. Pembuktiannya melalui kajian sosiofonologi di sekolah. Dua pemboleh ubah social diberi perhatian ialah gaya Bahasa dalam tiga situasi dormal dan factor kenatifan penutur. Empat pemboleh ubah fonologi diteliti amalannya dalam gaya bahasa oleh penutur berkenaan (a), (r), (i) dan (u). Secara umum  didapati realisasi amalan keempat-empat pemboleh ubah fonologi tersebut oleh subjek adalah berbeza-beza, tertakluk kepada gaya bahasa tertentu. Walau bagaimanapun, pemboleh ubah kenatifan didapati tidak mempengaruhi penggunaan pemboleh ubah fonologi berkenaan secara ketara, kecuali (r). Dapatan juga menunjukkan wujudnya fenomena sebutan baku hanya agak berjaya dalam gaya bahasa berteks. Kedwilainan sebutan standard, dan kehadiran faktor kealamiahan sebutan dalam amalan penutur. Dirumuskan bahawa pengekalbakuan sebutan bahasa Melayu yang berlaku kini merupakan penafian kewujudan variasi sosial dalam amalan penutur bahasa Melayu.

Abstract

This article intends to show that Malay pronunciation is sensitive to certain social variation. Furthermore, this article also concerns to the matter of codification of pronunciation since it is a prominent problem in standard Malays. The issue is proven through a sociophonological research in school. The two social variables which is considered in this article are speech style and nativeness of the subject

Rujukan

Asmah Haji Omar, 1985. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 1988. “Bahasa baku: ke mana arahnya”. Kertas kerja Seminar Sehari Bahasa Malaysia. Jabatan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Asraf, 1989. “Sebutan baku Bahasa Melayu berdasarkan  prinsip fonemik” dalam Siri Khazanah Bahasa bil. 8 oleh Awang Sariyan dan Nik Safiah Karim (Peny.) Kuala Lumpur: Nurin Enterprise

Awang Sariyan, 1984. Isu-isu Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.

Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fadzilah Abd. Rahman dan Nor Zila Md. Yusuf, 2001. “Isu Penggunaan dan Pemansuhan sebutan baku Bahasa Mleayu”. Kerta kerja Persidangan Serantau Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu anjuran Jabatan Bahasa, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Sedang, Selangor. 22-23 Oktober 2001.

Hassan Ahmad, 1998. Bahasa Sastera Buku: Cetusan Fikiran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Holey, J. 1997. “Sociophonology” dlm. Coulmas, F. (ed.). The Handbook of Sociolinguistics. Oxford: Blackwell. Hlm. 93-106.

Idris Aman, 2000. “ Bahasa, Kuasa dan Ideologi: Analisis Wacana Kritis Sebutan Baku Bahasa Melayu” dalam Akademika: Jurnal Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan. 56 Januari. Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 121-133.

Labov, W. 1972. Sociolinguistics Patterns. Philadelphia:  University of Pennsylvania Press.

Milroy, J.  dan Milroy, L, 1991. Authority Language: Inverstigating Language Prescription and Standardisation.. London:  Routledge.

Trudgill, P. 1974. The Social Differentiation of English in Norwich. Cambridge:  Cambridge University Press.

(Teks Penuh)

Hantar Maklum Balas Anda