Kampar dalam Geolinguistik dan Geobudaya Melayu

(Kampar in Geolinguistics and Geoculture of Malay)

Asmah Haji Omar

hajiomarasmah@gmail.com

Fakulti Bahasa dan Linguistik,

Universiti Malaya,

50603 Kuala Lumpur, Malaysia.

Abstrak

Makalah ini membincangkan perkaitan  linguistik, budaya dan kekeluargaan orang Kampar di Sumatera, dengan mereka yang  telah menetap di Semenanjung Malaysia, di beberapa negeri seperti Pahang, Perak, Selangor dan  Kedah.  Bukti hubungan ini tercatat dalam sejarah Kesultanan Melaka pada abad ke-15, terutamanya ketika anak Sultan Mahmud,  sultan Melaka terakhir, dilantik sebagai  raja di Kampar yang ketika itu adalah sebahagian dari  kesultanan Melaka.  Sultan  inilah, Sultan Mudzaffar, yang  kemudiannya menjadi sultan Perak,  dan dengan itu bermulalah dinasti kesultanan Perak sehingga hari ini. Walau bagaimanapun Kampar telah wujud dalam sejarah dunia Melayu pada abad ketujuh lagi, berdasarkan Inskripsi Siriwijaya Kedukan Bukit (682M). Kajian ini juga meneliti interpretasi frasa minanga tamvan (transkripsi Coedes) yang digunakan dalam inskripsi itu,  dan juga meneliti makna frasa-frasa yang memberi konteks penggunaannya dalam usaha menjelaskan kedudukan Kampar dalam sejarah sebagaimana yang direkodkan dalam inskripsi berkenaan.

Kata kunci:  Kampar, transkripsi Coedès’, inskripsi Sriwijaya, minanga tamvan

Abstract

This article discusses the linguistic, cultural, and family relationship of the people of Kampar in Sumatera and those of Kampar origin residing in Peninsular Malaysia, in various states, such as Pahang, Perak, Selangor, and to some extent Kedah.   Clear evidence of this relationship is seen in the history of the Melaka Empire of the 15th century C.E.,   particularly when a son of Sultan Mahmud, the last ruler of Melaka, was installed as the ruler of Kampar, then a vassal of Melaka.  It was this ruler, Sultan Mudzaffar,   who went on to become the sultan of Perak and thereby started the present-day Perak ruling dynasty.  However,  Kampar had already existed in the history of the Malay world in the 7th century C.E., as  given in  readings of the Sriwijaya inscription of Kedukan Bukit (682 C.E.).  Studies differ in their interpretation of the phrase minanga tamvan (following Coedès’ transcription), used in the inscription. This article examines the meaning of this phrase as well as those which provide the context to its usage in an effort to explicate the position of Kampar in history as recorded in the said inscription.

Keywords: Kampar, Coedès’ transcription, Srivijaya inscription, minanga tamvan

RUJUKAN

A. Samad Ahmad,  1979.  Sulatus Salatin (Sejarah Melayu).  Kuala Lumpur:  Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 2003.  “Geolinguistics and the Diffusion of Malay” dlm.  Asmah Haji Omar (ed.).  The Genius of Malay Civilisation.  Tanjong Malim:  Institute of Malay Civilisation, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Asmah Haji Omar, 2005.  Alam dan Penyebaran Bahasa Melayu.  Kuala Lumpur:  Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar,  2008.  Bahasa Melayu di Samudera. Kuala Lumpur:  Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 2013.  Sejarah Ringkas Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:  Jabatan Muzium Negara.

Asmah Haji Omar, “Language Use in the Malay Community of Mecca” dlm.  International Journal of Humanities, Social Sciences and Education 1:9, hlm.  22 – 32, September 2014.

Coedès, George, 2009.  Inskripsi Melayu Sriwijaya.  Diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dari teks asal bahasa Perancis oleh Laurent Metzger, dan diperkenalkan oleh Asmah Haji Omar.  Kuala Lumpur:  Dewan Bahasa dan Pustaka.

De Casparis, J.G., 1956.   Prasasti Indonesia II.   Dinas Purbakala Republik Indonesia.  Bandung:  Masa Baru.

Gallop, Annabel  Teh,  1994.  The Legacy of the Malay Letter: Warisan Warkah Melayu.  London: Published by the British Library for the National Archives of Malaysia.

Khoo Kay Kim, 2011.  “Origins of the Perak Royal House”   dlm. The Rulers of Malaysia.  The Encyclopedia of Malaysia. Kuala Lumpur:  Editions Didier Millet Sdn. Bhd.

New Straits Times, hlm. 20, 6 Disember 2014.

Poerbatjaraka, 1951.  Riwayat Indonesia I.  Djakarta:  Jajasan Pembangunan

Slamet Muljana,  1981.  Kuntala, Sriwijaya, dan Suwarnabhumi.   Jakarta:  Yayasan Indayu.

Zainal Abidin bin Ahmad (Za‘ba),  2008.  Perjalanan ke Kedah, Perlis dan Kelantan. Kuala Lumpur:  Dewan Bahasa dan Pustaka.

(Teks Penuh)

Hantar Maklum Balas Anda