Sistem Vokal Dialek Melayu Kabong, Sarawak

(Vowels System in Malay Dialect of Kabong, Sarawak)

Salbia Hassan

salbiahassan@gmail.com

Fakulti Bahasa dan Linguistik,

Universiti Malaya,

50603 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel.: +603-0198381143.

Abstrak

Makalah ini membincangkan sistem vokal Dialek Melayu Kabong (DMKb), iaitu salah satu daripada dialek Melayu yang dituturkan di Sarawak. Kabong merupakan sebuah daerah kecil yang terletak di Bahagian Betong, Sarawak. DMKb dituturkan oleh masyarakat Melayu di Kabong yang boleh dianggap sebagai bahasa komunikasi kawasan ini kerana peranannya yang dominan dalam masyarakat setempat. Selain masyarakat Melayu, Kabong juga didiami oleh kaum Iban dan Cina sebagai minoriti di sini. Kajian ini mengenal pasti fonem, alofon, diftong, distribusi fonem vokal dan pasangan minimum DMKB. DMKb akan dihuraikan secara linguistik deskriptif yang dikembangkan oleh Bloomfield dan diteruskan oleh Mario Pei dan Robins. Selain itu, model deskriptif Asmah juga digunakan untuk menganalisis sistem vokal DMKb. Data kajian ini diperoleh secara kajian lapangan huluan yang menggunakan kaedah senarai kata, domain dan asosiasi idea. Analisis secara deskriptif berjaya menentukan lapan bunyi vokal [a], [e], [«], [E], [i], [o], [] dan [u] berstatus fonem yang tersendiri yang seterusnya menunjukkan fonem vokal dalam DMKb melebihi fonem vokal dalam bahasa Melayu standard (BMS).

Kata kunci: deskriptif, fonem, vokal, domain, senarai kata, pasangan minimum

Abstract

This paper will discuss the vocal system of Kabong Malay dialect (DMKb ), which is one of the Malay dialects spoken in Sarawak. Kabong is a small area located in Betong, Sarawak. DMKb is spoken by the Malay community in Kabong which can be regarded as a communication language in Kabong for its dominant role to the local community. Besides the Malay community, other races such as Iban and Chinese also live in this area as a minority. This study identifies the DMKb vowel system, phoneme, allophone, diphthongs, distribution vowel phonemes and minimal pairs. DMKb will be described using the descriptive linguistics developed by Bloomfield and developed by Mario Pei and Robins.  The descriptive model by Asmah was also used to analyse the vocal tract of DMKb. Data for this research were obtained from the upstream field study using word lists (citations), domain and association of ideas. Descriptive analysis  successfully determined  that  the  eight  vowels [a], [e], [«], [E], [i], [o], [] and [ u ] are of the status of distinctive phonemes which in turn indicates that the vowel phonemes in DMKb exceed the vowel phonemes in standard Malay language(BMS).

Keywords: descriptive, phonemes, vocal, domain, word list, minimal pairs

RUJUKAN

Ajid Che Kob, 1977. Dialektologi Pasir Mas: Fonologi dan Leksikal. Kuala Lumpur:  Universiti Malaya.

Arbak Othman, 1983. Permulaan Ilmu Linguistik. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise.

Asmah Haji Omar (ed.), 2006. Bahasa Mah Meri. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Asmah Haji Omar, 2008a. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar, 2008b. Kaedah Penyelidikan Bahasa di Lapangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Haji Omar dan Rosline Sandai, 2012. Fonologi Bahasa Iban. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Bloomfield, L., 1964. Language. Delhi: Motilal Banarsidass.

Chambers dan Trudgill, 1980. Dialectology. Cambridge: University Press.

Daniel Jones, 1956. Outline of English Phonetics. Cambridge : W. Heffer & Sons Ltd.

Madzhi Johari, 1988. Fonologi Dialek Melayu Kuching (Sarawak). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mario Pei, 1960. The Story of Language. Signet.

Mario Pei, 1965. Invitation to Linguistics. New York: Doubleday & Company, Inc.

Noriah Mohamed, 1991. “Penggunaan bahasa dalam komuniti Melayu-Iban di Betong, Sarawak: Satu Kajian Etnososiolinguistik”. Tesis Ph.D. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Rahani Hosin, 2007. “Varian Melayu di Lembangan Batang Saribas: Satu Penelitian Dialek Geografi”. Tesis Ph.D. Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi.

Robins, R.H., 1968. General Linguistics an Introductory Survey. London: Longman.

Samarin, W.J., 1967. Field Lingusitics: A Guide to Linguistic Field Work . New York: Holt, Rinehart and Winston.

(Teks Penuh)

Hantar Maklum Balas Anda