Analisis Deskriptif terhadap  Struktur Frasa Kerja Bahasa Mendriq

(Descriptive Analysis on the Structure of Mendriq Verb Phrase )

Fazal Mohamed Mohamed Sultan

fazal@ukm.edu.my

Khairul Faiz Alimi

khaifaiz@hotmail.com

Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik,

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA.

Tel.: 03-89216568

Abstrak

Makalah ini membahaskan jenis kata kerja yang wujud dalam bahasa Mendriq. Kajian ini menggunakan data primer yang dikutip daripada penutur natif bahasa Mendriq. Bahasa Mendriq merupakan bahasa yang dituturkan oleh kaum orang asli Mendriq di Kuala Lah, Gua Musang, Kelantan. Bahasa moribund ini dituturkan oleh 245 orang penutur di sekitar tiga buah kampung, iaitu di Kampung Kuala Lah, Kampung Baru dan Kampung Kuala Stail. Kajian lapangan ini telah dijalankan di Kuala Lah selama enam bulan. Data dikumpulkan melalui kaedah bercerita yang diperoleh daripada sepuluh penutur natif bahasa Mendriq. Fokus penelitian pada frasa kerja bahasa Mendriq sahaja. Analisis yang dilakukan terhadap frasa kerja bahasa Mendriq hanya melibatkan analisis deskriptif, iaitu sejenis analisis yang akan menjelaskan data dengan terperinci. Analisis ini mendapati bahawa frasa kerja dalam bahasa Mendriq terdiri daripada kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kedua-dua jenis kata kerja ini boleh diikuti oleh kata kerja bantu, yang dapat dibahagikan pula kepada kata kerja bantu modal dan kata kerja bantu aspek. Oleh itu, analisis deskriptif ini dapat menjelaskan dua jenis kata kerja dan dua jenis kata kerja bantu dalam bahasa Mendriq. Dapatan daripada analisis ini dapat dijadikan landasan untuk kajian secara teoritikal pada masa hadapan.

Kata kunci: Kata kerja transitif, kata kerja tak transitif, Mendriq, bahasa moribund, kata kerja bantu

Abstract

This paper elucidates the type of verbs that are available in the Mendriq language. The data for this research data are primary data collected from native speakers of Mendriq. Mendriq is a language spoken by the Mendriq indigenous people at Kuala Lah, Gua Musang, Kelantan. This is a moribund language spoken by only 245 people in three villages: Kampung Kuala Lah, Kampung Baru and Kampung Kuala Stail. This study is based on six months of  fieldwork conducted at Kuala Lah. The data were collected from ten native speakers of Mendriq language through a story-telling method. The conversations were recorded using a digital recorder. Later, the data were translated by a translator who was appointed by the Department of Aborigines in Kelantan. The data comprises various types of sentences. However, this study focuses on the verb phrases of the Mendriq language only. The analysis performed on the data is a descriptive analysis. The analysis shows that the verb phrases of Mendriq include transitive and intransitive verbs. Both types of verbs can also be followed by auxiliary verbs: modals and aspects. Therefore, this descriptive analysis is able to explain the two types of verbs and two types of auxiliary verbs in Mendriq. The findings could be the platform for a theoretical analysis in the near future.

Keywords: transitive verbs, intransitive verbs, Mendriq, moribund language, auxiliary verbs

RUJUKAN

Abdullah Hassan, 1993. Tatabahasa Pedagogi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Arbak Othman, 1985. Belajar Tatabahasa dan Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti.

Asmah Haji Omar, 1993. Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asraf Hj. Abdul Wahab. “Mengenal Pelbagai Bentuk Kata Kerja” dlm. Pelita Bahasa 7:2, hlm. 30-33, 1995.

Benjamin, G., 1976. “Austroasictic Subgroupings and Prehistory in The Malay Peninsula” dlm. P.N. Jenner, L.C. Thompson and S. Starosta, (ed.), Austroasiatic studies Part I. Honolulu: The University Press of Hawai.

Burenhult. N., 2002. “A Grammar of Jahai”. Tesis Doktor Falsafah, Department of Linguistics and Phonetics. LUND University.

Chambers, J.K. & Trudgill, P. 1990. Dialectology. London: Cambridge University Press.

Chomsky, N., 1981. Lectures on Government and Binding. Dordrecht: Foris Publications.

Chomsky, N., 1995. Language and Nature. Mind 104,  hlm.1-61. Oxford University Press.

Cole, P., Hermon, G. & Yanti,  “Voice in Malay/Indonesia” dlm. Lingua 118, hlm. 1500-553, 2008.

Culicover, P & Rochemont. M., “Stress and Focus in English” dlm. Language 59, hlm. 123-65, 1983.

Diffloth, G.,  “Jah Hut, An Austroasiatic Language of Malaysia” dlm. Southeast Asian Linguistic Studies 2, hlm. 73-118, 1976. Hawaii: University of Hawaii Southeast Asia Program.

Dentan, R.K., 1984. Structure of the Semai Language. Kuala Lumpur: Jabatan Muzium Malaysia.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan,  “Pengklitikan Enklitik ‘-nya’ pada Kata Kerja: Aplikasi Teori Kuasaan dan Tambatan (Chomsky, 1986)” dlm. Jurnal Bahasa 6:3, hlm. 363-84, 2006.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan,  “Struktur Sintaksis Frasa Nama Bahasa Bateq” dlm. GEMA Online™ Journal of Language Studies 9:1, hlm. 47-61, 2009.

Fazal Mohamed Mohamed Sultan, “The Syntactic Structure of A Noun Phrase: Austroasiatic vs. Austronesia” dlm. Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities 19:1, hlm. 263-71, 2011.

Horvath. J., 1986. FOCUS in The Theory of Grammar and The Syntax of Hungarian. Dordrecht: Foris Publications.

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. 2006. http://www.jheoa.gov.my (Capaian pada 15 Februari 2014).

Khairul Hisyam Kamarudin & Ibrahim Ngah, 2008. Pembangunan Mapan Orang Asli. Skudai: Penerbit UTM.

Md. Isa Hassan, 1993. Frasa Kerja dalam Bahasa Melayu: Masalah Penggunaan serta Kaedah Pembelajaran dan Pengajaran yang Berkesan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Myhill, John,  “Nominal Agent Incorporation in Indonesia” dlm. Journal Linguistics 24, hlm.111-36, 1998.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood. 2008. Tatabahasa Dewan. Cetakan Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Perlmutter, D. M. 1978. “Impersonal Passives and the Unaccusative Hypothesis”. Kerta kerja dalam Proceedings of The Fourth Annual Meeting of The Berkeley Linguistics Society, ed. C. Woodbury, F. Ackerman, C. Chiarelo, O. D. Gensler, J. J. Jaeger, J. Kingston, E. E. Sweetser, H.T. Thompson, and W.Whistler. Berkeley: University of California.

(Teks Penuh)

Hantar Maklum Balas Anda