Pelaksanaan Elemen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Seni Bahasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Shamsudin Othman

shamsudean66@gmail.com

Abdul Rasid Jamian

arasid@educ.upm.edu.my

Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan

Fakulti Pengajian Pendidikan

Universiti Putra Malaysia

Abstrak

Makalah ini akan membahaskan kemahiran membaca yang akan dikaitkan dengan elemen seni bahasa dan mula dilaksanakan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) secara berperingkat bermula tahun 2011. KSSR memberi tumpuan pada empat kemahiran, iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul dalam usaha memperkasakan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. Bagi menjadikan mata pelajaran ini kian menarik dan berdaya saing, kurikulum Bahasa Melayu yang terdiri daripada suatu elemen baharu telah diperkenalkan dalam kurikulum huraian sukatan pelajaran Bahasa Melayu KSSR, iaitu seni bahasa, sementara “didik hibur” menjadi  salah satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran. Seni bahasa ini merujuk keupayaan murid untuk memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur. Maka kajian yang dilakukan ini adalah untuk mengenal pasti keyakinan guru dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa sepanjang pelaksanaan dan mengukur sejauh mana guru dapat menerapkan elemen dan teks sastera dalam

meningkatkan keberkesanan kemahiran pembacaan murid. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan deskriptif dengan menggunakan borang soal selidik serta temu bual bagi mendapatkan maklum balas daripada responden. Responden terdiri daripada guru Bahasa Melayu sekolah rendah. Ramalan hasil kajian ini ialah guru mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran seni bahasa serta dapat merangsang kemahiran membaca murid. Perkara yang turut diberi perhatian juga adalah penggunaan teks berunsurkan sastera turut dapat membina keyakinan dan keupayaan penghayatan yang lebih baik.

Kata kunci:   elemen sastera, seni bahasa, kemahiran membaca, didik hibur, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Abstract

This paper will address the reading skills that are associated with the element of language arts and implemented in the Standard Curriculum for Primary Schools (KSSR) in stages beginning 2011. KSSR focused on the four skills of reading, writing, mathematics and reasoning in order to enhance the learning of the Malay language. In order to make this subject increasingly attractive and competitive, a Malay language curriculum consisting of a new element was introduced into the Malay KSSR, namely the  language of “art  edutainment”  as one of the  approaches to teaching and learning. Language arts refers to the ability of students to understand, express and appreciate the beautiful language through a fun-filled learning edutainment. As such, this study aimed  to identify teacher confidence in the teaching and learning of language arts  and to measure the extent to which teachers can apply literary elements and text to improve the effectiveness of students’ reading skills . This study employed the  descriptive approach and data were collected through questionnaires and interviews.  The respondents  selected comprised  Malay primary school teachers. This study hypothesizes that  teachers have a high level of confidence in the teaching and learning of language arts and are able to stimulate students’ reading skills . The study also proposes that literature-based texts  will be better able to  build confidence and to enhance the ability.

Keywords: literary elements, language arts, reading skills, edutainment, Standard Curriculum for Primary Schools (KSSR)

RUJUKAN

Abdullah Hassan, 1987. Isu-Isu dalam pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamaruddin Hj. Husin, 1999. Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003. Sukatan Pelajaran KBSR, Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003. Sukatan Pelajaran KBSM, Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kurik Kundi Merah Saga – Kumpulan Pantun Lisan Melayu, 2005. Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011. Standard Kurikulum Seni Bahasa dalam

Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Putrajaya: Bahagian Perkembangan

Kurikulum. Majlis Peperiksaan Malaysia, 1992. Laporan Keputusan Peperiksaan 1991. Kuala  Lumpur: Majlis Peperiksaan Malaysia.

Marohaini Yusof, 1999. Strategi Pengajaran Kefahaman Membaca. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Majid Konting, 2005. Kaedah Penyelidikan Pendidikan.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Kassim Ismail, 1996. “Pengajaran bahasa dalam sastera dan pengajaran sastera dalam bahasa”. Kertas kerja yang dibentang dalam Seminar Pengajaran Kesusasteraan KBSM, pada 9– 10 Mac 1996, di Universiti Sains Malaysia.

Noriati A. Rashid, 2011. Budaya dan Pembelajaran. Shah Alam. Oxford Fajar.

Noraini Idris, 2010. Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Mc Gram Hill Education.

Shamsudin Othman, 2004. “Seni Bahasa: Belajar sambil Berhibur atau Didik Hibur?” dlm. Kalam Bahasa. Kuala Lumpur: Sekolah Alam Shah. Ogos:10-14.

(Teks Penuh)

Hantar Maklum Balas Anda