Keberkesanan Cerpen dalam Mempertingkatkan Prestasi Penulisan Karangan Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid

Abdul Rasid Jamian

arasid@educ.upm.edu.my

Shamsudin Othman

shamsudean66@gmail.com

Norzila Md Yusof

Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan

Fakulti Pengajian Pendidikan

Universiti Putra Malaysia

Abstrak

Kajian ini menganalisis keberkesanan penggunaan teks komsas terhadap prestasi penulisan karangan 64 orang murid tingkatan dua berpencapaian sederhana. Kajian berbentuk eksperimental ini dijalankan untuk membandingkan keberkesanan menggunakan teks komsas dengan kaedah pengajaran konvensional dalam pengajaran penulisan karangan. Kedua-dua kumpulan telah diberikan dua ujian, iaitu praujian dan pascaujian untuk membandingkan prestasi penulisan karangan dalam aspek karangan keseluruhan, aspek pengembangan isi karangan dan aspek penggunaan jenis ayat. Dapatan kajian daripada praujian dan pascaujian menunjukkan bahawa kaedah pengajaran penulisan karangan menggunakan teks komsas terbukti lebih berkesan berbanding dengan kaedah pengajaran konvensional terhadap prestasi penulisan karangan murid.

Kata kunci: Pengajaran Penulisan; Prestasi Penulisan Karangan; Teks Komsas; Murid Sekolah Menengah; Guru Sekolah Menengah

Abstract

This research analyses the effectiveness of literature texts to upgrade the performance of 64 average-achiever students in Form Two. This experimental research was conducted to compare the effectiveness of the use of literature texts and conventional methods of teaching composition. Both groups were given two tests, namely pre-test and post-test to compare the performance of the overall composition, elaboration of points and sentence type. The research findings of the pre-test and post-test show that the teaching of composition using the literature texts is more effective than the conventional method.

Keywords: teaching of composition, writing composition performance; Literature texts; secondary school students; secondary school teachers

Rujukan

Abdul Jalil Othman. “Kajian Pertautan Ayat dalam Penulisan Karangan: Satu Pengenalan” dlm. Dewan Bahasa Bil. 44(6), 671-85, 2001.

Awang Sariyan. “Isu-isu Asas Penggunaan Bahan Sastera dalam Pengajaran Bahasa” dlm. Dewan Bahasa Bil. 3(4), 7-11, 2003.

Lancia, J., “Literacy Borrowing the Reflect of Literature on Children”s writing dlm. The Reading Teacher 50 (6):470-75, 1997.

Marohaini Yusof. “Landasan Pengajaran Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu” dlm. Dewan Bahasa 1(6): 20-26, 2001.

Mohd Majid Konting, 2005. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim. “Bahan Sastera dalam Pengajaran Bahasa Melayu“ dlm. Dewan Bahasa Bil. 2(10), 34-39, 2002.

Noraini Idris, 2010. Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Mc GrawHill (M) Sdn. Bhd.

Zamri Mahmood, 1997. “Keberkesanan Penggunaan Bahan Sastera terhadap Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Satu”. Tesis Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

(Teks Penuh)

Hantar Maklum Balas Anda